Friday, November 23, 2012

Al Fatihah ...

    Hari ini, Jumaat, 23 November 2012,tepat jam 7.00 pagi, aku menerima berita kematian seseorang.Arwah lahir tahun 1958 kalau tak silap.Bertugas sebagai seorang anggota polis di Gua Musang.Bertemu jodoh dengan orang Gua Musang dan berkeluarga di sana.Walau pun tiada pertalian darah yang rapat, aku selalu rasa dia dekat di hati.Sejak bertugas di luar Johor, setiap hari raya, arwah tak lupa singgah rumah ayah bersama keluarga besarnya.

   Zaman aku kecik dulu, arwah tinggal berjiran dengan kami.Masa tu arwah masih bujang.Arwah rajin melayan kami, aku adik-beradik dengan membacakan komik Gila-gila.Masa tu, kami tinggal di kampung jadi hubungan antara jiran amatlah rapat.Tambahan pula, adik ayah aku yang bongsu bertemu jodoh dengan abang arwah.Jadi, bila aku dapat tahu arwah meninggal kerana kanser usus ( kalau tak silap) tentulah aku sedih.

   Arwah meninggal dunia di Gua Musang tetapi berwasiat supaya dibawa balik ke Pasir Gudang.Alhamdulillah... arwah selamat dikebumikan selepas waktu solat Jumaat tadi.Dan selesai saja pengkebumian, hujan pun turun renyai-renyai hinggalah sekarang seolah-olah turut berdukacita atas pemergian arwah.Catatan ini aku tulis sebagai tanda ingatan aku pada arwah yang pernah menceriakan hidup aku adik beradik suatu waktu dahulu.Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan aku tahu arwah seorang insan yang sangat baik.Semoga keluarganya tabah menerima ujianNya.AlFatihah buat Cik Ran @ Imran bin Tukijo.

1 comments:

Ayue Rejaluddin said...

Al-Fatihah........
Allah s.w.t lebih menyayangi beliau.....
Takziah untuk keluarga arwah...

Post a Comment