Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, January 26, 2012

Kek Lapis Kukus Serikaya

   Sejak rajin menonton Cake Boss ni, aku asyik teringin nak buat kek je.Nak buat kek fondant memang tak le, jadi aku pun tengoklah apa ada di dapur.Belek punya belek, siaplah kek lapis kukus serikaya aku.Resipi kek ni aku ambil di blog tapi aku lupa nama blogger tu.Kek ni memang sedap.Tak percaya, try resipi yang aku kongsikan tu.


Kek Lapis Kukus Serikaya

300 gm tepung gandum
300 gm mentega ( jangan lupa cari yang halal )
200 gm gula
180 gm Serikaya ( aku guna jenama Yeo's sebab lebih sedap)
6 biji telur ( guna 5 pun boleh kalau telur tu besar )
2 sudu teh esen vanilla ( jangan ganti dengan aiskrim vanilla pulak tau)

Cara-caranya;
( Ewah... macam blog Mat Gebu pulak ek)

1.Pukul mentega dengan gula hingga ringan / kembang.(Jangan timbang pulak.Agak-agaklah tengok kaler dia dah putih tu, kira oklah )
Sebelum tu jerang air dalam pengukus dan lenserkan loyang bulat 8 inci diameter )

2.Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji.Kacau dengan mixer sampai rata.

3.Masukkan Serikaya dan esen vanila.Kacau lagi hingga rata.

4.Lepas tu masukkan gandum.Masukkan sikit-sikit dan mixer tu biarkan perlahan.Kalau laju karang, abis berterabur tepung tu macam aku tengok sorang selebriti cantik masak di TV.

5.Bila dah sebati dan rata, bagikan kepada 2 bahagian.Satu kuning satu lagi merah, contohnya.Atau ikut sukalah.

6.Kukus selapis-selapis macam buat kuih lapis tu.
Bab ni aku belum mahir.Tu yang kuih aku tak secantik kuih asal tuan punya resipi.
( Tuan punya resipi kalau terbaca resipi ni,beritahu aku ye.Aku nak bagi credit tapi aku lupa)

Akhir sekali, apa lagi, makanlah!

Berikut adalah gambar yang berjaya aku rakamkan...
-
-
-
-
-


Opps!Sorry!
Yang ni puding karamel.
Silap!
yang ni buat semalam.

-
-
-
-
-
-



Haa... ini dia!
Kek Lapis Kukus Serikaya.
( tapi ni yang aku buat tahun lepas )
-
-
-
-
-
-
-


Yang ni aku buat hari ni.
Mengada-ngada nak warna purple.
Akibatnya pucat je kuih aku tu.
Lapis pulak tak cukup banyak sebab aku sibuk nak kejar Bella Calamidades!
Tapi rasanya, ummmmmmmm..
yummy!!!!!

Jemput makan?





4 comments:

Nur-nba said...

Alahai sedapnya.. Nak sepotong.. :)

schaze zainn said...

akak macam ibu schaze :p

ibu schaze suke buat mcm2 kek

akak bukak le blog mat gebu, mmg byk resepi best2 n kompem jadi bile buat :P

blog tu ibu schaze suke pi tgk :)

p/s: thanks jenguk belog schaze

jemarisuri said...

sedapnya..minta sepotong..hehe

kalau sudi jom teka teki di blog JS..manalah tau kot2 jadi pemenang nanti..hehe

Belalang hijau Perisik said...

huih...

sedap ya amat nampak

Let's have a break!