Thursday, January 19, 2012

Dinner tonight? Kung Fu Mee!

   Syukur!Alhamdulillah....Akhirnya setelah beberapa hari tekak aku meragam makan nak memilih, malam ini aku berjaya memuaskan seleraku dan aku makan dengan seleranya hingga kenyang!Mula-mula order nasi goreng nenas tapi nenas dah habis jadi aku order mi kung fu.Fuh!Lazat!!Kalah mi kungfu Restoran Nangka di UKM, Sg Tangkas,  yang aku makan semasa nak ke interview bulan lepas.Nak ambil gambar, tapi telefon pulak terlupa nak bawak. Untuk minum , macam biasa, aku order air tembikai atau air semangka kata orang Johor.Macam nilah berniaga.Makanannya lazat dan tempat pun bersih.Siapa nak try? Silalah singgah ke Restoran Hijrah Corner di Pasir Gudang.Sesiapa tak tau tu, silalah tanya budak-budak Politeknik Ibrahim Sultan.Rasanya dia orang tau di mana sebab dekat je dengan poli tu.Oklah.Aku minta izin undur diri dulu.Nak blogwalking, kerja sekolah berlambak.Ada tak de pun, tunggu esoklah sebab cuti seminggu sempena Chinese New Year.







Aku pinjam gambar mi kungfu dari anak dara ni.
Siap ada resepi lagi tapi anak dara ni guna mi maggi.

- Oklah.Jumpa esok ye.Nak buat lesson plan jap.
Esok pengetua nak check. -


4 comments:

Shafiq said...

Xpenah Makan Lg Mee Kung Fu..
Mesti Makan Terus Kung Fu..

Anonymous said...

selamat bercuti cikgu....bestnyaaa

Cik Pipi said...

diizinkan ;)

suria lekatlekit said...

berkungfu sakan la makan mee yer..

Post a Comment