Tahun lepas, seorang anak murid aku meninggal dunia kerana kemalangan. ( Al Fatihah buat arwah Al Zunnur ) Dua hari lepas, seorang lagi anak murid aku tersayang meninggal dunia kerana kemalangan.Tahun lepas, aku mengajar arwah tapi tahun ni tak.Kali terakhir aku jumpa adalah pada hari pertama persekolahan iaitu 4 Januari lalu.
Tugas aku pagi-pagi adalah memantau pelajar di pagar sekolah.Jadi bila arwah masuk, aku tengok rambut dia punyalah panjang!Jadi macam biasa, aku tegur dengan baik dan aku sentuh kepala dia ala-ala sentuhan seorang ibu.Arwah selalunya tak bersongkok tapi hari pertama tu dia bersongkok.Tanda-tanda lain takde cuma aku perasan, dia lebih berdisiplin berbanding tahun lepas.Macam biasa, walau pun orang kata anak murid aku tu nakal, aku tetap sayang!
Moga Allah tempatkan arwah anak-anak muridku tersayang, arwah Faizal Rosli ( meninggal beberapa tahun lepas juga kerana kemalangan ), arwah Al Zunnur dan yang tetap akan ku kenang , arwah Muhd Nashrul Aiman yang baru meninggal beberapa hari yang lalu.Teacher susah nak lupa senyuman kalian!Al Fatihah!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
5 comments:
Al-fatihah..
Em, sayuu je entri ni..
Salam,
LF pun turut mendoakan rohnya dimasukkan di aklangan orang2 beriman .. Al fatihah
AlFATIHAH ! Be strong okay teacher ??
Al-fatihah buat arwah murid-murid cikgu ya...
Alahai...ajal tidak mengira usia. Al-fatihah.
Post a Comment