Monday, January 2, 2012

Baik-baik tercekik leher!

    Zaman sekarang, rata-rata pelajar sekolah wajib pakai tali leher.Begitu juga dengan pelajar Tingkatan 1 di sekolah aku.Kalau tak silap, semasa di sekolah rendah, tali leher tu jenis yang ada getah di leher jadi tak payahlah susah-susah budak tu nak ikat tali leher.Tapi di sekolah menengah, kemahiran mengikat tali leher tu sangat perlu dikuasai.Kalau tidak, jadilah seperti insiden yang aku tengok hari ni.Seorang budak lelaki tingkatan 1 hampir tercekik tali leher bila emak dan ayah yang excited, tersalah ikat tali leher!Nasib baik tak arwah budak tu.Kalau tak, sekolah aku juga yang masuk surat khabar!




Ni dah sah-sah pakai tie jenis ada tali getah..
sebab tangan kucing pendek, mana boleh ikat tali leher!
:D


1 comments:

Encik Bell said...

dengan jujurnya nak mengaku x pandai ikat tali leher... dulu time sekolah, soh kawan2 (org suruhan) tlg ikatkan...

hahaha

Post a Comment