Thursday, January 26, 2012

Peluk mayat kekasih..

   Sedih dan sayu bila membaca berita di KOSMO pagi ni.Seorang lelaki, berusia 21 tahun, telah memeluk mayat kekasihnya yang telah meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat 17, di Batu Uban, Georgetown, semalam.Dilaporkan si gadis telah terjatuh setelah berselisih faham sengan kekasihnya di telefon.Pada mulanya, orang ramai menyangkakan 2 mayat yang terjatuh tetapi setelah diperiksa, rupa-rupanya hanya si gadis yang meninggal dunia tetapi dek kerana mungkin tak dapat menerima pemergian kekasih hati, si lelaki telah berbaring dan memeluk mayat kekasihnya selama sejam.Pelukan hanya dilepaskan setelah dipujuk oleh pihak polis.

   Alahai.... sedihnya!Mungkin sebelum tu mereka bergaduh besar dan si gadis bukan terjatuh tetapi membunuh diri.Kesimpulannya, biar apa pun masalah yang menimpa, janganlah sampai membunuh diri tetapi carilah jalan penyelesainnya... Berita lanjut, sila baca di SINI atau scroll down je ke bawah.

Lepas pelukan setelah dipujuk

ANGGOTA polis memerhatikan seorang lelaki memeluk mayat Kah Kah selepas dia tidak dapat menerima hakikat wanita itu telah mati setelah terjatuh dari tingkat 17 Flat Taman Utara, Batu Uban, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Penduduk di Flat Taman Utara di Batu Uban di sini semalam menyaksikan satu kejadian ngeri bercampur sayu apabila mendapati seorang lelaki bertindak memeluk mayat kekasihnya yang terbujur selepas terjatuh dari tingkat 17 selama satu jam sebelum dia mengalah dengan pujukan polis.
Sebelum itu, sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan mengatakan terdapat dua mayat yang terjatuh dari flat tersebut pada pukul 1.20 pagi.
Bagaimanapun, selepas diteliti, polis kemudian mendapati hanya wanita itu sahaja yang mati manakala lelaki berusia 21 tahun itu berbaring di sebelah mangsa sambil memeluk mayat kekasihnya itu.
Dia yang enggan menerima hakikat kematian wanita itu bagaimanapun akur dengan pujukan polis supaya melepaskan mayat kekasihnya kira-kira sejam kemudian.
Difahamkan, wanita itu, Lau Kah Kah, 22, terjatuh selepas dia dikatakan telah berselisih faham dengan kekasihnya menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada pukul 12.30 malam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.




9 comments:

Admin said...

macam2 hal manusia sekarang ni

Akak Kembang said...

penyesalan yg tak berguna lagi

miss no right said...

sedih nye..

Nisa Greennnpanda said...

isy3.. xptt bunuh dri tue..

Pen Biru said...

baru jer terbaca kat Metro tadi..mesti dia menyesal sbb begaduh..

AmyZana said...

wah
sedihnye ;[

AmyZana said...

wah
sedihnya ;[

bicara mak dara said...

waduhhhhhhh gaduh sampai begitu sekali...

Hanif said...

lama tak jenguk sini......
ni dinamanya kasih sayang sampai mati...

Post a Comment