Thursday, January 5, 2012

2 atlit Sukan Sea 2011 Malaysia gagal ujian doping.Salah siapa?

   Bila aku baca kisah dua atlit Sukan SEA 2011 Malaysia yang gagal ujian doping, aku teringat lagu Bangau Oh Bangau.Siapa tak tau lagu Bangau Oh Bangau, meh aku ajarkan............


Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?

Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?

Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?

Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.

Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?

Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.

Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?

Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.

Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?

Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.

Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?

Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.

Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?

Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.

Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.

Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?

Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku.

Sumber :SINI

   Macam manalah aku tak kata macam lagu Bangau Oh Bangau, si A salahkan si B.Si B salahkan si C.Si C pulak salahkan si D.Akhirnya masalah yang wujud langsung tak selesai.Kalau begini, alamat tak cemerlanglah sukan negara kita.Dahlah badminton makin keok macam ayam kena sembelih!

   Soalnya sekarang, adakah pingat gangsa dalam acara angkat berat dan pingat emas dalam acara olahraga tu akan ditarik balik?Benarkah atlit-atlit tu teraniaya kerana kononnya ada seorang doktor dalam kem latihan yang dibawa masuk dari Bulgaria dan telah memberikan suntikan misteri? Perkara ni perlu disiasat ke akar umbi.Apa-apa pun, aku harap, perkara ni dapat diselesaikan dengan segera tanpa ada apa-apa masalah ibarat menarik rambut dalam tepung; tepung tak berserak, rambut tak putus.


   

Saya dah lulus ujian doping!
:D






4 comments:

aliza said...

sebab tu sukan malaysia susah nak naik sebab karenah birokrasi... semua pemimpin nak naik, yg x naik2 atlet...

bicara mak dara said...

hmmmm macam2 kannn

No name said...

nak kuat jer amik dadah. Cuba lar amik biskut ke, makan buah ke tak pun minum susu dah tentu boleh sihat dan kuat. Apa lar.

gnesop said...

Bila sukan dipolitikkan, masing masing nak kejar nama, bermain bukan krn negara
x berkembang sukan kita

Post a Comment