Sunday, January 22, 2012

Udang ronggeng ubat semput.

    Aku tak pasti betul atau tidak tetapi melalui pengalaman aku sendiri memang betul udang ronggeng atau juga dikenali sebagai udang kipas atau udang lipan dapat mengurangkan penyakit semput.Tapi awas!Kenalah makan sekurang-kurangnya sekilo seorang!Kalau setakat seekor dua,  tak de kesan kot!

   Bercakap tentang udang lipan ni, sebenarnya dah hampir setahun aku tak jumpa.Baru semalam aku terjumpa di Kipmart Masai.Dulu sekilo RM5 tapi sekarang dah naik ke RM7.Hai.... udang yang tak glamour ni pun naik harga.Cara masak udang ni aku tak berapa arif tetapi sekadar untuk tujuan perubatan, selepas dicuci bersih-bersih, aku goreng dengan sedikit minyak.Cuma tambah sikit je garam dan cik aji sebab pada aku udang ni tawar je tak macam seafood lain.


   

   Inilah dia udang lipan atau menurut tuan punya gambar yang aku pinjam ni, blogger Kagami Anenokoji, nama lainnya ialah udang ronggeng atau udang mentadak.Maklumat lanjut tentang udang ni pun boleh dibaca di blog Kagami Anenokoji.Kepada sesiapa yang nak cuba rasa udang ni, bolehlah cuba resipi berikut.Aku jumpa resipi ni di SINI.Resipi ni adalah hak milik Cik / Puan Zuhailah.

Udang Lipan Masak Serai

Bahan-Bahan:
1 kg udang lipan1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
10 tangkai cili kering
2 - 3 sudu sos tiram
2 - 3 sudu sos cili
garam
gula
asam keping 
Cara:
Bersihkan udang lipan dengan cara menguntingkan kulit di sekeliling udang tersebut. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili kering dan serai hingga naik bau. Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula dan asam keping. Masukkan sedikit air dan udang lipan. Gaulkan rata dengan perlahan. Tutupkan kuali dan tunggu hingga masak.
Cadangan Hidangan:
Boleh di makan begitu saja.

( Aku pun nak cuba sambil buat kraf felt )



1 comments:

Ayu said...

Yayansmum pnh makan udang ni...sedap!selalu hotel2 guna tis type of udang..tp, udang ni takleh simpan lelama kat fridge...jd tak sedap!huhu...neway, slm perkenalan dear!(^_^)

Post a Comment