Pemergian Al-Zunnur bin Rosli akibat kemalangan semalam, benar-benar meninggalkan kesan buat teman-teman arwah, anak-anak didikku.Mungkin juga turut meninggalkan kesan buat kami guru-guru arwah.
Aku sempat melihat rakaman video arwah terbaring di atas jalanraya dengan jenazahnya ditutup dengan banner Pusat Tusyen Seri Amal. Pusat tusyen itulah yang aku tuju di hari pemergian arwah, yang mana aku terlihat seseorang yang ku sangkakan arwah sedang melintas jalan.
Sebelum cuti Tahun Baru Cina, aku sempat berbual dengan arwah di koridor semasa aku menunggu kelas 3 Arif selepas waktu rehat.Kelas arwah, 3 Bistari bersebelahan dengan kelas 3 Arif.Aku tanyakan makna namanya yang cukup menarik buatku.Kata arwah, arwah tak pasti dan berjanji untuk memberitahu aku makna 'Al-Zunnur' selepas cuti Tahun baru Cina ini.
Arwah sempat juga bergurau ( aku tak pernah mengajar arwah jadi aku tak pasti sama ada arwah memang seorang yang suka bergurau atau tidak) dengan meminta supaya arwah tidak dipanggil ke atas pentas selepas Tahun baru Cina kerana arwah takkan hadir ke sekolah selepas Tahun Baru Cina.Sebagai penyelaras Tingkatan 3, memang akulah yang akan memanggil setiap pelajar yang tidak hadir untuk naik ke pentas di dewan sekolah.Rupa-rupanya arwah memang betul-betul takkan hadir selepas Tahun baru Cina dan buat selama-lamanya kerana Allah lebih menyayangi arwah walau pun aku tahu ramai yang menangisi pemergian arwah.
Sebagai hambaNya, aku hanya mampu berdoa semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Begitu juga dengan arwah Mohd Faizal Rosli, anak didikku yang telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu juga akibat kemalangan jalan raya.Hingga detik ini, kenangan bersama kedua-dua arwah, masih terlipat rapi dalam kenangan.Al Fatihah...
Doaku sentiasa buat kalian berdua..
14 comments:
salam takziah dari saya. ;(
al-fatihah untuk arwah, semoga rohnya tenang dan dicucuri rahmat, takziah diucapkan bagi keluarga arwah, yul turut berdukacita atas pemergiannya.
sabar je lah ye.. mungkin nie dugaan
Disebalik kisah seram rumah banglo VILLA NABILA
innalillahiwainna ilaihi raajiu'n... smoga mereka ditempatkan di kalangan org yg beriman.. :)
salam takziah... jika arwah seorang yang baik pasti akan meninggalkan kesan yang sangat dalam kepada semua...
harap cikgu jangan sedih2 ya..kita doakan si mati..insyaAllah semuanya selamat ya..
Al-fatihah buat arwah.
al-fatihah untuk arwah al-zunnur.
Al-Fatihah..tabah dalam mengharungi segala dugaan-NYA..
al fatihah...moga roh mereka dicucuri rahmat..aminn...
KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA?
takziah. mudah2an tenang dia di sana.
Terima kasih atas ucapan takziah kalian.Memang susah nak hilangkan rasa sedih dalam sehari dua ni tapi hidup mesti diteruskan...
Salam takziah..AlFatihah buat arwah..sedihnya...Allah lebih menyayangi dia.
tak sempat arwah nak pmr :(
Salam perkenalan dari saya..
TErima kasih sudi singgah blog saya dan tinggalkan komen..
Takziah buat arwah Al Zunnur, moga rohnya dicucuri rahmat.. amin..
Post a Comment