Cubaan untuk aku. 3 hari aku tak online.Baru je aku nak tengok survey bband yang mana yang terbaik.Tiba-tiba, 3 hari aku terpaksa berendam airmata.Broadband Celcom aku hilang!!!!Macam tau je dia aku plan nak tukar dengan yang lain.Puas aku cari serata rumah.Kebetulan lepas aku post entry last pasal aku plan nak tukar bband tu, aku mengemas satu rumah.
Aku cari bawah katil, tak ada.Aku cari dalam beg tangan, tak ada.Aku cari dalam laci-laci kat rumah aku pun tak ada.Mana ni???Aku dah mula panik.Aku dah plan nak cari yang baru.Tak kisahlah Digi ke atau Maxis asalkan aku dapat jumpa kawan-kawan blogger aku.3 hari macam 3 tahun tau!Rindu!Selain takut saham aku jatuh. tst le ; BE dan juga follower.Aku pun terus mencari satu rumah.Kalaulah Winda, Caca, Cici atau Panji aku boleh aku paksa tolong cari, dah lama aku kerah kucing-kucing aku tu.
Sejak akhir-akhir ini, aku perasan yang aku selalu terlupa.Contohnya aku di dapur dan nak ke depan kerana nak on TV.Tapi bila sampai di depan, aku lupa nak buat apa.Menakutkan betul!Penyakit apa menyerang aku niKalau ada blogger-blogger lain hadapi masalah yang sama, cepat-cepat beritau aku.Manalah tau ini akibat penagih blog tegar!Buatnya aku nak melintas jalan tapi tiba-tiba aku terlupa dan aku berhenti tengah-tengah jalan, jadi katak penyek aku!Dahlah Pasir Gudang ni kawasan lori jadi raja!
Balik pada bband aku yang hilang tu, petang tadi aku kumpul kain baju nak cuci.Mana-mana yang tergantung pun aku capai jugak.Malas nak pakai sebab dah hilang bau Downy dek lama tegantung plan nak pakai tapi tak pakai-pakai.Tiba-tiba.... aku teraba sesuatu yang ..... laaa...bband aku rupanya dok menyorok dalam poket seluar aku.Bila pulak aku letak kat situ.Puas aku fikir-fikirkan tapi aku betul-betul tak ingat.....dan aku pun bertambah risau.Nyanyuk ke aku?
Itulah pengalaman paling pahit aku sebagai penagih blog tegar! Tak dapat blogging sebab bband aku merajuk!!!Siap engkau!Hujung minggu ni tak rehat engkau aku kerjakan!!!!
Ooooo!!!Engkau mengata aku ye!Mentang-mentang aku penyek!
6 comments:
huahua, da tua ye? cepat lupe nie, hekhek
lupa yaaaa....errrrr....bukan pemblog tegar kot... tapi sebab usia..heeee...
bhaya nih..muda2 dh lupa.. huhu
muda lagi tu..takkan dah nyanyuk..lupa sekejap kot.
ai..ada tag utk sis
http://whitecappuccinol.blogspot.com/2011/02/jom-join-bloglist-pak-cek-biola.html
tu le...nak singgah blog walking pon dah jarang sekarang ni..sebab pC kat umah tu dah meletOp...=(
Post a Comment