Bagaimana rasa agaknya jika pistol diacukan ke kepala?Situasi yang mungkin hanya kita lihat di kaca TV atau di layar perak.Namun, situasi itulah yang dialami oleh seorang pelajar di Mesir baru-baru ini.
Menurut Siti Nabilah Mohd Azman, pelajar jurusan pergigian di Universiti Al Azhar, kejadian menakutkan itu berlaku semasa dia dan empat rakannya dalam perjalanan ke kedai untuk menambah nilai prabayar telefonnya.Walaupun mereka tidak diapa-apakan, aku pasti kejadian berkenaan meninggalkan kesan yang bukan sedikit.Berita lanjut, sila baca di KOSMO.
Kepada semua rakyat Malaysia di Mesir sama ada pelajar atau bukan pelajar, yang telah dan akan pulang ke tanahair, aku doakan perjalanan kalian selamat dan sentiasa dilindunginya.Waktu begini, janganlah kepulangan kalian disensasikan atau dipolitikkan kerana sama ada kalian penyokong kerajaan BN atau tidak,kalian adalah saudaraku juga.
Gambar daripada akhbar KOSMO.
Sila klik di SINI untuk berita lanjut.
3 comments:
mmg menyeramkan..
kawan2 sy ramai kat mesir tu esp uni. al-azhar..xtau la ape naseb dorang kat sane :(
Mudah2an semuanya selamat.
Nyawa di hujung tanduk....
Post a Comment