Jam yang ditunjukkan oleh Cik lenovoku telah pun pukul 12.05 malam.Mata masih lagi belum mengantuk.Malam masih muda.Apatah lagi esok masih lagi cuti Tahun Baru Cina.Hari ini, Khamis, 3 Februari 2011.Maknanya menjelang 12.05 malam, telah pun bertukar menjadi hari Jumaat, 4 Februari 2011.Dengan kata lain waktu aku menulis ini adalah khamis malam Jumaat.Malam Jumaat?Kenapa malam Jumaat?
Malam Jumaat biasanya ramai yang membaca surah Yaasiin.Aku juga begitu jika ada kesempatan.Tapi malam ini aku tak baca pun surah Yaasiin kerana ... biasalah orang perempuan.Oleh kerana aku sedang 'bercuti' dan aku sedang dalam misi menguruskan badan, masa terluang aku isi sepenuhnya dengan blogging.Masuk rumah kawan itu, kawan ini.Buka tingkap kawan baru, kawan lama dan balik semula ke rumah aku sendiri, Scarlett's petals.Tiba-tiba...
MasyaAllah!Terkejut aku!Mata aku yang rabun ini yang salah nampakkah... atau kerana silau lampu di muka Cik Lenovo unguku.Aku lihat dia seolah-olah merenungku dengan pandangan yang amat tajam dan...jantungku seperti berhenti bergerak apabila matanya tiba-tiba bergerak!Betul-betul aku terkejut!Ahh!Mana mungkin dia bergerak?Mustahil!Mustahil!Silap mata aku memandang barangkali almaklumlah berjam-jam aku dok merayap ke sana sini.Jadi aku fikirkan yang positif.... silap mata aku tu!Dan hari ini... aku masih lagi lihat dia di situ dan dia tetap kaku... tidak bergerak.Apa pun aku sayangkan kau....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
headerku sayang...
Mata ' aku si Scarlett O'Hara ' inilah yang ku lihat bergerak.
[ Catatan di hari Khamis malam Jumaat, 3 Februari 2011 yang lalu ]
5 comments:
wah...bahaya ni.. kena tukar header.. hehe
hahahaha....kene tido awal la lepas ni...karang ada plak mata lain yang memerhati...peace~^^'
dear, kene tag la kamo.. heheh, jom terjah meh :)
kalau dah tengah malam..langsir di tiup angin pun jadi seram you....heeee
Agaknya perasaan je kot?Maklumlah bila dah malam, dok pulak sorang2, mulalah penyakit tu datang.Penyakit PENAKUT. =)
Anyway, thanks singgah ye!
Post a Comment