Sunday, February 27, 2011

Akibat berblogging.....semut dalam kaki aku!!!

    Hampir 4 jam aku dating dengan Cik Lenovo ungu aku ni.Daripada lepas zohor sampailah dah masuk asar.Tak sedar masa memecut laju.Aku belum solat asar!!!( malunya pada diri sendiri)Tapi sebelum tu aku kena pos entry yang ini.Aku diserang penyakit serious semasa blogging!!!

   Bila sedar je aku belum lagi solat asar, aku pun cuba bangun.Semasa blogging aku akan duduk di meja khas dengan kerusi khas dalam keadaan postur tubuh yang betul.Tapi habit aku semasa blogging, aku suka menyilang kaki.Tau-tau semasa nak bangun, kaki aku kejang!!! betul-betul punya kejang.Biasanya setakat semut-semut ( bukan semut yang merayap tu ye) atau setakat kebas je.Kali ni betul punya kejang hinggakan nak terkucil aku menahan sakit.Nak kata simpul biawak,( anak murid aku kat Terengganu dulu kata, setok karung./ kena sebut dengan sebutan yang betul.Aku gelak bagai nak rak bila dengar sebutan ni dulu), bukan simpul biawak!

   Dahlah tadi aku jadi tikus membaiki labu masa nak buat nav bar.Berderau jap darah aku tengok blog aku jadi macam kuih bantat.Nasib baik aku boleh restore balik.Balik pasal kejang tadi, ni pun masih kejang lagi ni.Nak cari losyen mustajab bagi hilang kejang.( nak bagi slim macam Nora Danish dah terlambat.) Malam ni aku blogging balik ( sambil menanda buku anak-anak murid aku) sebab aku belum sempat singgah umah mak, keli dan ramai lagi.

Pssst!!! Ada sesiapa panggil saya tadi?

Nasib baik aku dah kenyang, kalau tidak tikus, jadi lauk engkau hari ni.Tikus masak kicap.

4 comments:

TAYAR PANCIT said...

hai awak :) saye da join awak :) http://tayarpancit.blogspot.com/2011/02/mesti-tengok-seriussumpah-lawak.html

kpah k-poh Sharifahnor said...

biasa mcm tu dik...kdg2 bukan takat kaki jer..jari2 ni kebas abis!!! berblog mcm ler dah pemes sangat..heeee....

Uji Hussein said...

@TAYAR PANCIT
Tq dah join saya ye.Rajin2 datang sini tau!

Uji Hussein said...

@KPah
Biarlah tak femes janji tiap-tiap hari dapat jumpa Kak Pah.Kalau tak rindu...

Post a Comment