Tak sangka sungguh!Layak juga Scarletts Petals masuk suratkhabar!Bangga giler!(Pinjam istilah anak-anak murid aku)Agaknya kembang hidung aku semasa ditemuramah oleh wartawan akhbar tu.Almaklumlah bukan mudah blogger anchovy nak masuk suratkhabar!Tambah lagi blog aku belum pun cukup setahun.Ibarat budak kecil baru nak pandai merangkak.Puting pun masih lekat di mulut.Pampers jangan cakaplah masih tak lekang di punggung!
Selepas temuramah tu, aku pun posing macam-macam gaya masa aku mengajar.Kalah kena observe dengan pengetua.Anak-anak murid aku pun tumpang sekaki.Mereka pun teruja nak masuk suratkhabar.Macam-macam wartawan tu tanya.Kenapa aku blogging, siapa yang menggalakkkan aku blogging, macam mana aku dapat idea menulis masa blogging dan yang paling penting berapa Cik Nuffy beri aku kerana blogging.Sampaikan hal peribadi pun dia nak tahu.Huh!Kepoh sungguh!
Bila artikel tentang 'Scarlett O'Hara : Blogger ikan bilis berjaya' terbit di akhbar tu, tentu sesiapa yang kenal aku akan tanya aku macam-macam.Orang kampung yang aku tahu memang jadi pembaca setia luahan hati aku, tentu tumpang bangga.Maklumlah anak kampung dikenali se Malaysia.kawan-kawan blogger aku jangan katalah.Kak Nor K-Poh,Ellen,Abg Teror, Ben Ashaari, Pendekar Berkuda, Ceodok dan raaaaaamai lagi semua buat entry tentang aku.Wow!Seronoknya!Bangganya!
Tiba-tiba.... Aduh!Kenapa kau cakar kaki aku Cik Marshanda ooi!Terkejut aku!MasyaAllah!Aku mimpi rupanya!!!!Eiii!!!Malu!Malu!Terlebih berangan!Hehehe!Dulu aku berangan nak dapat follower ribu-ribu, aku dah dapat.Nak dapat BE pun Cik Nuffy dah beri.(Baru je dapat yang keempat malam ni.Alhamdulillah...)Jadi tak mustahil aku dapat masuk suratkhabar kan?Kan?Kan?
p.s:Cik Marshanda tu adalah nama penuh kucing aku yang jelita, yang selalu digoda.Nama timag-timangannnya Caca.
Susah sangat nak suruh Caca posing jadi aku pinjam gambar tucin kucingpersia.net ni jelah.Rupanya sebijik saling tak tumpah.
6 comments:
masuk suratkhabar? siyes kew? nk tengok! huhu
P/S KISAH MISTIK DI kemayan city, JB, Lisa Surihani kene sound dengan blogger
Bhahahaa..mimpi je.. ingatkan betul... Insyaallah nanti dapat masuk surat khabar.. jom join contest ni nak?
http://jomklikblog.blogspot.com/2011/02/topup-rm30-contest-gambar-profile.html
semoga satu hari nanti impian jadi kenyataan..dapat la akak buat entri pasal scralett masuk paper ek?
Laa.. ye ye o je.. ingatkan betul td.
fuhh... mula2 baca rasa macam teruja nak kenen2... kot2 leh tumpang gambar cekodok pun jadi la... kot2 leh posing makaan cekodok....
tapi.. part yang last tu rasa macam nak hentak keyboard je... hahahaha
tapi semuanya tak mustahil...
wakakaka..:-D baca punyer panjang..last2 bwh sekali tuh geram je haha..mimpi ka? mention awl2 sket plizz hehehe :-p
Diterima Menyertai 100 Penulis Editor!
Post a Comment