Hari ini anak murid aku bertanya,hinakah seorang pelajar KAA ( Kelas Aliran Agama ) dan KRK ( Kelas Rancangan Khas) iaitu 2 aliran elit permata pintar terpilih di tingkatan 1 hingga 3, tidak mengikuti kelas sains tulen semasa tingkatan 4? Jawapan aku, tentulah tidak.Tidak semua pelajar cemerlang meminati bidang sains maka tak jadi masalah jika mereka tidak mengikuti kelas sains tulen.Tetapi seseorang telah mengguris hati anak-anak muridku dengan penghinaan kerana tidak belajar di aliran sains tulen semasa di tingkatan 4.
Aku tak pasti apakah yang dikatakan oleh 'seseorang' itu tetapi jika anak-anak muridku menangis mungkin ia berupa satu penghinaan.Mungkin hanya salah faham kerana tiada guru yang waras ( sesorang itu menurut sumber adalah guru) akan menghina anak-anak muridnya biar betapa lemah sekalipun mereka.jadi hari Isnin depan aku akan cuba dapatkan gambaran sebenar mengapa anak-anak muridku terluka hingga mengalirkan airmata.Bagiku, sains tulen atau tidak aliran yang diikuti bukan penanda aras akan kecemerlangan seseorang.Jadi tiada siapa yang berhak menghina pelajar yang tidak mengikuti aliran sains tulen.
Sementara itu, aku harap anak-anak muridku dapat bersabar dan terima 'penghinaan' itu sebagi satu cabaran untuk menunjukkan betapa pelajar bukan aliran sains tulen juga mampu mencipta kecemerlangan.
Jangan sedih tau sebab aku pun tak ambil sains tulen.
10 comments:
Ramai pelajar2 sekolah WC yg masuk tingkatan 6 yg sewaktu tingkatan 4 dan 5 mengambil aliran sastera dapat keputusan cemerlang dlm STPM baru2 ini..majoriti dpt 3.5 keatas.. mereka juga mampu berjaya walau tak ambik sains tulen.
budak2 dari kecik dah ada mindset cm tuh..yg berjaya,budak sains je..x lah..salah sama sekali..bila dh besar,dh kerja diorg taw la.. budak sastera ramai je sukses.. pentadbir negara majoriti bukan budak sains..
same lah kita.. saya pon tak ambik sains tulen.. heppy je. setiap subjek ade istimewa nye sendiri..
kalau dorang fikir tak ambik sains tulen susah dapat kije.. dorang salah .. rezeki dekat tangan tuhan .. kalau ambik sains tuleh tapi blaja tak macam mane.. ape guna kan ..
opss.. sorri membebel
haha..lembut sangat hati.
dari dulu lagi,dari awal 90an lagi rasanya benda macam nih dah diperkatakan dan menjadi bahan olokan dari pelajar2 yang berbeza aliran...dah jadi normal dah kot...
masih ada lagi rupanya jenis macam nih..aiilar
hmm, saya pon tak amik pure science. sedihhh :( result tak cantik.
Cik Scarlett nie cikgu yer? Sains tulen ke, tak tulen ke, sastera ke semua tuh bergantung kpd kecenderungan minat pelajar tsebut. Betul x? Tapi nie larh manusia zaman kita, suka menghina! Dulu org kata, doa seorang "GURU" tuh mudah dimakbulkan tuhan. Tapi mana perginya "GURU" itu di abad nie? Sy pernah alami situasi mcm kat entry Cik Scarlett nie,.. tue larh sy terpanggil utk beri comment... ;)
pening kepala amek sains tulen..last2 masuk U,byk blaja fizik je pn,kalau tau cmni,amek subjek fizik je dr dlu..tak pyh la ssh2 amek sume subjek sains dlu.ahah
pelajar dari 2 aliran elit permata pintar itu mampu menarik tumpuan sekolah dalam SPM jika tidak mengambil bidang sains~
kak pah pun budak sastera jer...Cikgu2 pun manusia biasa jugak..kdg2 tersilap cakap..dan pelajar2 tersilap tafsir...
hai saye da follow awak :) http://tayarpancit.blogspot.com/2011/02/eklusif-dari-eropah-piala-liga-juara.html
Post a Comment