Entry kali ini sekadar untuk berkongsi pengetahuan yang baru saja ku timba hasil menonton Majalah 3 di TV3 , satu-satunya program yang aku ikuti bertahun-tahun.Majalah 3 yang baru bersiaran pada hari Sabtu, 5 Februari 2011 lalu telah memperkenalkan aku dengan bronok, sejenis makanan.
Yang ini kuih bronok yang diperbuat dengan sagu biji, gula dan kelapa
Gambar yang ditunjukkan oleh flickr.com inilah bronok yang diperkenalkan oleh Majalah 3 semalam.Sebelum ini aku pernah dengar tentang bronok tetapi tak pernah pula ku jangka rupanya yang .. alamak!
Jika dibandingkan dengan saiz tangan, besar juga bronok ni.
Dalam Majalah 3 diceritakan tentang cara penyediaan bronok ni.Pertama ia akan dibelah dan isi perutnya akan dicuci.Kemudian ia akan dipotong-potong dan digaulkan dengan bahan-bahan seperti kelapa parut, lada dan lain-lain.Bronok yang dipotong digaulkan dengan bahan berkenaan tanpa dimasak.Hasilnya jadilah kerabu bronok seperti gambar yang ditunjukkan oleh adie1408.blogspot.com ini.
Selama ini, gambar di atas itulah ku sangkakan bronok.Rupa-rupanya ada lagi haiwan lain yang dipanggil bronok dan haiwan di atas dipanggil teripang jika mengikut maklumat yang ku dapat dari Cik Google.Terima kasih pada gamatbandung.blogspot.com kerana sudi tunjukkan gambar.
Gambar yang ditunjukkan gamatemas.com.my ini pula adalah gamat.Yang ini pun aku nampak dalam TV dan gambar je.
Kesimpulannya :
Sama ada, bronok, teripang atau gamat semuanya adalah khazanah laut yang diberikan oleh Allah s.w.t buat kita, umatNya.Maka kita harus mempergunakan khazanah yang dikurniakan dengan sebaik mungkin dan tidak lupa akan kebesaran Allah Yang Maha Esa.
p.s : Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terimakasih atas kesudian
Chik Inn Mazlin Nordin dari TV3 yang pernah menjadi orang kuat Majalah 3 kerana sudi singgah dan menjadi follower Scarlett's Petals.
Terima kasih Chik Inn.
3 comments:
oooo...baru tau..huhu...
thanks 4 d info ya...
lov reading ur blog
=D
saye suke bronok yg manis merah itu... hehe
hee..Setiap makhluk ALLAH ade kelebihannya kan? =_=
JELAS SAHABAT BUKAN SEBARANG SAHABAT, SAYANG SEMUA
Post a Comment