Sebenarnya dah 2,3 hari aku nak tulis tentang perkara ini.Dah tak larat rasanya nak dengar anak-anak didikku mengadu yang emak atau ayah mereka tak hiraukan anak-anak.Maksudnya di sini, emak ayah seolah-olah lepaskan tanggung jawab tentang pelajaran anak-anak dan bulat-bulat serahkan pada guru.
Seperti biasa, sebelum PMR atau SPM, pihak sekolah akan mengatur pelbagai program untuk pelajar.Antara program yang diadakan adalah program bersama ibu bapa.Maka kehadiran ibu bapa adalah amat penting.Namun malangnya ramai ibu bapa yang memandang remeh tentang kepentingan menghadirkan diri dalam sesi motivasi untuk anak-anak.Anak-anak tentulah akan berasa kecewa kerana dipinggirkan.
Apalah salahnya, ibu atau bapa meluangkan sedikit masa duduk bersama anak-anak semasa sesi motivasi.Sekurang-kurangnya anak-anak akan rasa diperhati, dihargai dan hasilnya akan bertambah semangat untuk belajar.Bila anak-anak berjaya, ibu bapa juga yang rasa bangga.
Alamak!Kenapa skema sangat aku hari ni?Terlebih buat kerja kot?Almaklumlah dari pagi tadi otak aku tak berhenti bekerja.Kelas,kelas,kelas kemudian meeting, balik rumah menanda buku ( esei pulak tu.Naik berpinar biji mata.nasib baik ada esei yang kelakar) Kesimpulan entry aku hari ini : BAPAK-BAPAK SILALAH HADIRKAN DIRIKAN DIRI UNTUK TEMANKAN ANAK-ANAK SEMASA SESI MOTIVASI.JANGAN HARAP PADA EMAK-EMAK SAJA KERANA ANAK-ANAK BERBIN DAN BINTIKAN BAPAK BUKAN EMAK.
Uk uk uk ukkkkk!!!!! ( Bahasa ayam)
Terjemahan ke bahasa manusia :
Contohilah aku si bapak ayam yang sentiasa melindungi anak dan isteri.
( Ayam-ayam ni Cik Google punya)
4 comments:
bapa bz kot...huhuhu~~
betul2..sokong..lau bab2 cam 2 bunga selalu sokong..hehehhe..cayalah..
betul2. sokong sngt ;)
para bapak memang bz kerja...nak mintak off..nak mintak cuti..kdg2 susah..al-maklumlah..kerja makan gaji..kalau kerja sendiri..lain lah..sendiri tokey sendiri kuli..Jadi para maklah yg ambik alih tugas2 ni..mesyuarat PIBG ke..program motivasi ke..ambik rekod kemajuan ke..apa sajalah..semua mak2 yg tanggung.Lagipun..rasanya memang para mak sangat perihatin hal pelajaran anak2 ni.Jgn lupa jugak pada mak2 yg bekerja..memang hadapi masalah mcm para bapa tadilah.Satu lagi..ada juga..program yg di atur bertindan antara sekolah rendah dgn sekolah menengah..jadi mak dan bapak akan bahagi tugas masing2..( tapi mmg tidak dpt dinafikan ada yg liat utk dtg ke sekolah tak kiralah mak ke bapak ke..)
Post a Comment