Siapa kata blogging buang masa?Macam-macam perkara kita boleh belajar dengan blogging.Tak percaya?Haa.... duduk diam-diam nenek nak cerita.(Macam nenek kebayan pulak!Hehehe!)
Ceritanya begini.... Semalam hujan sangat lebat.(Bunyi macam adik Hamim kat diary Hamim ) Perut rasa lapaaaar je.Kebetulan semasa aku berjalan sambil berpayung dari satu rumah ke satu rumah, aku terjumpa resipi Kek Lapis Kukus.Nampak lazaaaat sangat.Aku pun terjah ke dapur tengok apa bahan yang ada.Kebetulan mentega je takde tapi marjerin ada jadi aku pun bantai guna marjerin.Bila siap, alamak!Ada rasa kurang sedap maklumlah marjerin dengan mentega mana sama!Ibarat keju dan belacan!
Jadi hari ini sambil-sambil blogging, aku pun mulakan misi aku:membuat Kek Lapis Kukus.Sekejap aku bw sekejap aku memukul mentega dan telur.Sekejap aku check komen sekejap aku kat dapur balik tambah esen.Begitulah aku berlari-lari anak mengejarkan 2 kerja pada waktu yang sama.Bila siap, apa lagi, aku pun ngap.....(Taklah.Aku ambik gambar dulu untuk share dengan kawan-kawan.)Bila dah kenyang makan kek sambil tersenyum tengok trafik yang boleh tahan ,juga sambil chatting( belajar B.Inggeris online ^_^) dengan seorang teman di USA,aku sibuk menulis entry ini. sambil tu sempat lagi menonton filem klasik Satay di TV9.Jadi kesimpulannya, banyak faedah blogging ni.Dapat ilmu, dapat kawan, boleh belajar memasak dan lain-lain lagi.Betul tak?
Tada!!!!!Inilah hasil blogging!
( Tapi maaf sangat-sangat aku lupa betul blog mana yang aku terjah dan ambil resipi ni.Sesiapa yang rasa blog dialah yang aku masuk, silalah beritahu aku.Kalau aku belum follow, aku nak follow.Yang paling penting aku nak beri kredit atas resipi ni.Klu untuk mengaku blog andalah yang aku terjah adalah 'serikaya'.Beritahu aku cepat ye!)
6 comments:
bagusnya sambil berblog dapat hasil macam ni.
waaa..tgh cari resepi kek basah ni . haha
@whitecapuccino : Sedap pulak kek ni.Bagus share resipi yang tak tipu sbb kadang2 ada juga resipi yang tipu.
@Syed : Resipi ni senang sangat.Kalau tuan punta resipi bagi lampu hijau, bolehlah saya share.
Itu la masalahnya memang setengah org bagi resepi gitu2 jer, tak bagi habis punya takot yg org tu buat lebih sedap dari tuan guru punya..betul tak?
kek lapis dari sarawak tu yg byk guna seri kaya dlm kek..mmg sedapkan
Post a Comment