Hari ini adalah Hari Imlek.Imlek?Apa tu?Tak tau tak pe.Baca terus ye.Semasa aku kecil dulu aku suka sangat bila tiba imlek ni.Sebabnya adalah... aku dapat makan makanan yang jarang ada.Maklumlah tinggal di kampung masa tu bukan senang nak dapat makanan yang sedap-sedap.Bila tiba je imlek tu, aku dan adik beradik aku pun berkunjung ke rumah pakcik Ah Che, jiran sekampungku.Antara makanan yang dihidangkan adalah ....
Limau mandarin, favourite aku dari kecik sampailah tak berapa kecik sekarang.Sampai serak suara terlampau banyak makan limau.
Kuaci bunga matahari.Ia dianggap makanan mewah zaman aku kecik dulu.
Ini kuaci jugak tapi dari biji labu.Kalau terlebih makan, pedih bibir sebab kulit dia masin.Betul tak carigold.com?
Ini pun adik beradik kuaci jugak.Kuaci hitam biji labu.Yang ni kurang sikit masin tak macam yang putih tu...
Kacang Ngan Yin pun ada jugak tau.Yang ni semua orang tau kan?
asiaaudiovisualrb09wika.wordpress.com pun suka kacang ni.
Tiba-tiba perut rasa lapar pulak.Kena makan ni.Pekena kacang pun ok jugak sambil tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah di ASTRO 486.Jumpa lagi lepas line clear ye...
p.s: Opps!Lupa pulak.Imlek tu adalah Tahun Baru Cina, sebutan di Indonesia.Kenapa Imlek?Entahlah aku pun tak tau.
Gong Xi Fa Cai!!!!
Sian Nian Kuai Le Miss Lim Tang Moy di Seri Alam, Miss Ng Wai Chee di Perak, Mdm Tan Siew Im (kat mana entah), Mdm Lam Moy Kwai di KL, Mr Teo Bin Huat, Mdm Chan, Mdam Chuan Eng Hwa dan semua warga Malaysia berbangsa Cina.
Ang Pow tak de ke?
2 comments:
Oooo Tahun Baru Cina. Kenyang ke makan makanan ringan jer?!!
Suka kacang tapi kalo makan kacang tanah ni mesti jerawat akan menampilkan diri di pipi..
Post a Comment