Haaaa!!!!!Macam tulah rupa aku petang tadi bila mesej menggugat jantung yang sangat ku takuti muncul tiba-tiba di depan mata.Tak pernah aku panik sampai begitu sekali.Betul-betul panik!Cepat-cepat aku cari sesiapa yang boleh membantu.Mula-mula macam biasa aku sos adik aku si AFJ Luchador.Adik!!!!!!!Tolong!!!!!Aku nak call tapi tiba-tiba bateri telefon dah habis nyawa.Jadi aku cepat-cepat roger di Facebook.Tapi adik kesayangan aku tu tak muncul-muncul walaupun bullet hijau tu on memanjang.( Tengah sibuk kot!) Aku makin panik.Rasa nak menangis pun ada juga.
Tiba-tiba aku teringat Sembang Faizal FredleyDot Com.Aku pun dengan segera minta bantuan dengan Tolongggg!!!!Tak sampai 5 saat ( kalau satu saat tu menipu sangat) LM respon pada masalah aku.Rupa-rupanya bukan aku seorang yang panik hari ini.Nasib baik aku teringat nak online sambil-sambil mengemas rumah.Kalau tak malam ni tekejut b***klah aku( tak boleh sebut penuh sebab rumah aku ni ramai pengunjung cinonet.Takut rosak bahasa budak-budak tu)
LM pun bawa aku berjumpa dengan Dr.Panadol.Nasib baik Dr.Panadol masih ada ubat untuk aku.( Wah!!!Happy je Dr tak kena jangkitan. =) ) Lalu dengan kepakaran Dr aku pun menjalani pembedahan.Agak rumit juga pembedahan pertama aku tu.Hampir sejam barulah pembedahan selesai.Mak Datuk!!! 138 penyakit menyerang patutlah aku panik semacam tadi.Fuhh!!!Lega bila tengok balik rumah aku ok je tapi....hua..... habis semua bloglist aku!Url yang aku ingat rumah En.Ben je ( sebab alamat rumah dia senang)Terpaksalah aku mula balik dari awal.Apa pun, aku happy kerana teman-teman setiaku meningkat ke seribu lebih.Mudah-mudahan makin bertambah selepas ni.
Sebagai penghargaan aku ingin sekali merakamkan JUTAAAAAN TERIMA KASIH untuk Cik Lydiamiza (LM) yang berhidung mancung kerana sudi jadi nurse merawat luka aku dan tentu sekali JUTAAAAAN TERIMA KASIH ( lebih banyak daripada belalang juta) kepada Cik Panadol kerana kepakarannya sebagai doktor telah menyelamatkan aku.Kalau tidak, tentu aku menangis!!!Huaaaa!!!!!
Gambar kucing tu bincang.net punya.
Yang ini adalah belalang juta atau nama lainnya desert locust.
Gambar dan info boleh dirujuk di gettyimages.com
Bunga ungu dibeli daripada flowerpens.com khas buat Cik Lydiamiza dan Cik Panadol.
p.s : Tak dapat nak link rumah Cik Lydiamiza dan Cik Panadol atas sebab-sebab keselamatan.Kalau esok, tiada jangkitan yang menyerang, link akan disertakan.
Lupa nak beritahu: aku kena penyakit MALWARE.Ala.... yang warning merah tu!
6 comments:
samalah...deqdeq pun kena juga....pening kepala apsla la boleh jd mcm tu...
biasa musim penyakit... apapun dah di settlekan
Hmmm alhamdulillah, masalah scarlet dah settle.
tq sayang atas bunga tu..hehe.leh senyum kan?LM dr pagi sampai ptg tau urus penyakit tu
bagus la da selaamt....fuh3
aik, x pasan lak ada n3 nie..hehehe
thanx 4 de n3..
kicik punya hal la..
ehhehe
Post a Comment