Sunday, February 27, 2011

Pendekar Berkuda vs broken lense. ( eja huruf kecik je lah nama dia)

   Serious aku tak sangka rupa-rupanya dalam senyap peperangan telah pun meletus.Seperti biasa bila di namakan perang, tentulah melibatkan 2 pihak yang bertelagah.Ibarat dunia mistik yang tak nampak nyata, tau-tau keadaan makin membarah.Aku tidaklah memihak kepada mana-mana pihak namun aku rasa apa yang dimarahkan oleh Pendekar Berkuda tu ada benarnya.

   Entry En Ben pun ada bau isu yang sama walau pun mungkin En Ben tidak menyatakan nama mana-mana blogger.Sebelum ini isu bertudung tapi bersanggul tinggi.Hari ini ni isu pelacur blogger.Esok ibu ayam blogger pulak agaknya.Atau bapak ayam blogger kot.Tujuan si broken lense tu baik tapi caranya yang tak baik.Apada.... siap bagi nama blogger yang tentu ramai orang kenal sebagai contoh pelacur blogger.Hilang akal ke apa.Bukan itu cara nak menegur.

   Bagi aku tak salah mana-mana blogger yang ingin mencuba vlog.Lainlah macam aku yang tak berani nak tayang muka ni.Yuyu tu ( blogger yang dikata dek broken lense tu) baik budaknya.Hormat pada kakak-kakak yang lebih tua dari dia.Memanglah aku tak pernah jumpa in person ( sebab aku tak berani join gathering.Takut follower aku semua lari) tapi dari perkenalan di alam siber aku tau dia budak baik.Bukan salah dia kalau ramai orang nak singgah blog dia.Aku sendiri pun hari-hari nak masuk blog dia sebab aku rasa ada sesuatu pada Yuyu yang takde pada orang lain.

   Aku pun dah tengok vlog Yuyu juga En.Ben.Takde apa salah rasanya yang boleh merosakkan kesucian Yuyu sebagai blogger untuk dengan tanpa rasa bersalah si broken lense tu buat Yuyu contoh pelacur blogger.Aku pun singgah jap baca blog broken lense entry pasal tu walau pun aku nak termuntah macam Pendekar berkuda bila tengok gambar perempuan tak cukup kain yang si broken lense tu letak.Pada aku si broken lense tu saja nak cari traffic kot.Ialah bila ada isu cam ni mesti ramai masuk blog dia.ye tak?

   Apa pun, aku harap takde lagi isu yang memalukan blogger cam tu di dunia senyap kita ni.Nak menegur boleh tapi biarlah dengan cara yang berhemah bukan ikut sedap mulut je.Disebabkan oleh si broken lense tu aku tak dapat baca entry pendekar Berkuda yang ala-ala lelaki Melayu terakhir seperti biasa.Siapa yang rugi?Aku jugak!!!!

Nampak broken lense ni? Cantik ke tak?

Bandingkan dengan Pendekar Berkuda ni.
( Gambar kedua-duanya milik Cik Google)

15 comments:

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

huhu isu-isu .. sebenarnya ini isu populariti .. sapa cepat post .. dia yang dapat ... seperti anda .. haha grau je

Bahulu Studio said...

As salam...ziarah teman2@conteng kat siniii.

Ammar said...

Nak tegur orang tu biarlah dengan cara yang betul...kesian Yuyu..

kpah k-poh Sharifahnor said...

memang tahu pasal isu ni..tapi ni semua dunia blogging..ada pro ada kontra..Siapa yg berani..dia lah ke depan...

YUL said...

betul kew nie? tak tahu pulak kan pasal cite nie, heboh pulak erk cite nie,

najwa's said...

ekk, kontroversi lagi? (-.-')

terokai seni said...

kuda takde kaki.. nak sepak camana

Lydia Miza said...

bkn semua benda kita boleh sebut nama orang.tp...gagah perkasa rupanya pendekar berkuda tu ye?hak hak hak.

Unknown said...

pendekar tak mahu orang lain masuk campur... harap maaf...

Biey said...

nice entry.. cite nie memang heboh skang sampai orang dok berlumba2 nak bubuh komen kat entri tue.. kpd yg terlibat toksah la gaduh..kita sesama manusia bagus saling menyayangi kan lebih bgus..tak gitu scarlett o'hara..

tanak cuba buat vlog ke??hihi..

Izamir Ridzwan said...

perang blog kalai ke.. errr tak tau

Anonymous said...

tak tau apa2.. ngeeee... malas nak layan...

pneumedic said...

baru tau pasal ni..ade betul jugak ek pe yg bro inpirationalrelaks ckp tu..huhu..mungkin sesetengah org cri traffic dgn mjtuhkn n gunakan nme org lain..ish..xpatut tu..kn..

Uji Hussein said...

@inspirationalefeks
Takde niat nak menangguk di air yang keruh cuma nak jadi pemerhati je.

Uji Hussein said...

Mudah2an yang keruh dapat dijernihkan dan kita dapat terus memeriahkan dunia senyap kita ni.

Post a Comment