Saturday, February 12, 2011

Peliklah!

   Tahu tak apa dia perkara pelik yang kerap berlaku di Malaysia?Artis beragama Islam berpakaian seksi?Itu belum dikira pelik.Atau pelakon bukan muhrim bila berlakon jadi anak dan ibu atau ayah, berpeluk dan mencium pipi(kononnya menggambarkan anak yang sangat sayangkan orang tua)?Itu pun belum cukup pelik kerana berlambak pelakon-pelakon hebat di Malaysia ni yang buat walaupun melanggar hukum agama.(Yang peliknya alim ulama buat tak tau je)

   Perkara pelik yang aku maksudkan adalah kejadian sebenar yang kerap berlaku tetapi jarang orang nak tegur iaitu:Majlis motivasi dan ucapan panjang berjela yang melibatkan orang atasan aka vip atau vvip.Contoh terbaik adalah majlis motivasi yang aku hadiri hari ini.Anak-anak murid aku bangun seawal 6 pagi.Bersiap-siap ke majlis motivasi dengan semangat yang menggebu untuk mencari ilmu.

   Tiba di majlis, selepas pendaftaran, anak-anak muridku diberi sarapan nasi lemak.(Maaf beritahu.Nasi lemak yang tak lemak tu keras kedangkuk(bahasa aku anak beranak.Tak pasti pulak dialek Johor atau tidak).Maaf juga kerana bukan aku tak syukur cuma aku rasa walaupun makanan tu untuk anak-anak, masaklah betul-betul.Kalau tak lemak tapi lembut kan elok.Kesian anak-anak murid aku yang penat exercise pipi mengunyah nasi.

   Selepas sarapan, sesi mendengar ceramah motivasi pun diadakan.Biodata penceramah tak cukup 5 minit dibaca oleh mc.Fulamak!Punyalah hebat tapi harapan anak-anak didikku hampa kerana ceramah yang diberi tidak seberapa.Terus-terang aku katakan, kaunselor di sekolahku 100% lebih hebat kerana biarpun cuma 5 minit dia bercakap ( sebagai mc) tetapi satu stadium terus bersemangat.

   Perkara pelik terus berlaku apabila motivasi khas untuk ibu bapa pula tiada.Dalam aturcara majlis, ada; dalam majlis 'ilek'(Tak baik menipu.Kesian mak ayah yang datang sebab nak dengar ceramah motivasi keibubapaan tapi yang dapat 'kehampaan') Semasa majlis perasmian dan penutupan pun perkara pelik berlaku juga iaitu ucapan bukan seorang tapi 'berorang-orang' dan tiap ucapan punyalah panjang ibarat kain meter masih dalam kodi.Kesian anak-anak murid aku yang dah bertukar jadi cacing kepanasan.

   Aku hairanlah.Pakar motivasi dan vvip tu tak tau ke attention span anak-anak murid aku tu taklah panjang masanya ibarat bateri eveready yang selalu keluar iklan di TV.Kalau di kelas masa satu jam macam-macam cikgu buat supaya keresahan anak murid terubat.Kalau tak haa.... jadilah macam tadi...motivasi 3 jam tanpa henti, anak murid  aku pun berubah jadi ulat t**i.

   Tamat majis rasa pelikku makin bertambah.Aku tanya seorang dua anak murid yang ku jumpa.Catat apa dalam motivasi tadi?Jawapan yang diberi : Entahah teacher!Tak tau nak catat apa sebab saya tak faham!Laaaa.... tak tercapailah learning outcome pakar motivasi tadi.Tu yang aku pelik tu!Tapi apa pun, tahniah pada anak-anak murid aku ( jumlah yang hadir 6 ratus lebih kalau tak silap) dan guru-guru teman seperjuanganku tersayang atas ikhlasnya menghadirkan diri demi kejayaan anak-anak tersayang.
p.s: Aku rasa hatiku benar-benar tersentuh semasa anak muridku Solehuddin bin Salam membaca doa dan melaungkan azan zohor.Subhanallah!!!

Yang di tengah itulah anak Pak Salam.

6 comments:

kpah k-poh Sharifahnor said...

kejang montot cikgu yaaa...duduk lama2...

ieda Qema said...

pelik~ part menipu tu mmg x leh tahan la

lynna heejuzz said...

adui.. kasihan pd anak2 itu.. :)

YUL said...

tak bertauliah tu, buat sambil lewa je, -.-

P/S KISAH MISTIK DI kemayan city, JB, Lisa Surihani kene sound dengan blogger

Anonymous said...

budak2 dengar ucapan GB time perhimpunan pn dh macam cacing kepanasan..apatah lagi ucapan berjela2 ni.. kesian dorg.. Time mengajar dlu....every 15 minit mengajar....konfem ada break..aduyaii

grOundnUt said...

rindunyer zaman sekolah...^^'

Post a Comment