Showing posts with label Mat Gebu. Show all posts
Showing posts with label Mat Gebu. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Apa susah gula naik harga?Opps!

   Opps!Bukan nak provok ye.Memang aku tak kisah harga gula naik.Bukan sebab aku kaya ye tapi sebab aku memang tak kisah.Kebetulan, aku memang dah kurang guna gula sama ada dalam makanan atau minuman.Kalau dulu, sekilo tak sempat seminggu dah habis.Tapi sekarang ni sekilo sebulan pun belum tentu habis.Masa nak mula memang susah, tapi bila dah mula, ok je.Dan syukur sebab aku tak de kencing manis atau diabetis kata orang bando.

   Kebetulan, selepas dah lama tak buat kuih ni, tak kiralah kek lapis serikaya ke, pavlova ke, macaroon ke durian crepe ke,aku teringin nak makan kek batik.Ala..... kek yang guna biskut Marie tu.Aku google blog Mat Gebu Dapur Tanpa Sempadan.Dalam resipi Mat Gebu, untuk 1 adunan, kena guna 1/2 cawan gula, 1 cawan milo, dan 1/2 cawan susu.Tapi aku tak guna langsung gula.Walau bagaimana pun hasilnya tetap manis!

   Semasa aku cairkan buttercup dan susu tu, anak aku si Panji asyik mengecek nak.Aku memang tau dia suka sangat buttercup.Sampai tertumpah milo aku.Bertuah betul.Sampailah aku habis menenyeh adunan tu dalam loyang, dia masih lagi sibuk mengecek!Geram betul!!Kalah budak kecik!Akhirnya, selepas bersusah payah, aku berjya juga menyiapkan kek batik aku.Rasa?Sedap!Maklumlah .... Resipi Mat Gebu.Tapi rupa?Hahahaha!!!Malu nak cakap!Tapi seronok memasak buat hilang tension asyik fikir pasal sakit je.Ye tak?



Ni ha!Si Panji yang asyik dok mengecek kek Batik aku duduk di kaki tepi dapur.



Ha... Kek Batik aku dah siap.
Kena simpan dalam peti sejuk bagi keras baru boleh potong.



Dah pun sejuk.Masa untuk potong!Yeah!



Alamak!Rasa superb tapi rupa tak.Hehehehe.
Lapisan atas tu aku tuang coklat.
Improvised resipi Mat Gebu.

Nyum!Nyum!Nyum!

Resipi kek manis tanpa gula.

Apa susah gula naik harga?Kan?

Thursday, January 26, 2012

Kek Lapis Kukus Serikaya

   Sejak rajin menonton Cake Boss ni, aku asyik teringin nak buat kek je.Nak buat kek fondant memang tak le, jadi aku pun tengoklah apa ada di dapur.Belek punya belek, siaplah kek lapis kukus serikaya aku.Resipi kek ni aku ambil di blog tapi aku lupa nama blogger tu.Kek ni memang sedap.Tak percaya, try resipi yang aku kongsikan tu.


Kek Lapis Kukus Serikaya

300 gm tepung gandum
300 gm mentega ( jangan lupa cari yang halal )
200 gm gula
180 gm Serikaya ( aku guna jenama Yeo's sebab lebih sedap)
6 biji telur ( guna 5 pun boleh kalau telur tu besar )
2 sudu teh esen vanilla ( jangan ganti dengan aiskrim vanilla pulak tau)

Cara-caranya;
( Ewah... macam blog Mat Gebu pulak ek)

1.Pukul mentega dengan gula hingga ringan / kembang.(Jangan timbang pulak.Agak-agaklah tengok kaler dia dah putih tu, kira oklah )
Sebelum tu jerang air dalam pengukus dan lenserkan loyang bulat 8 inci diameter )

2.Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji.Kacau dengan mixer sampai rata.

3.Masukkan Serikaya dan esen vanila.Kacau lagi hingga rata.

4.Lepas tu masukkan gandum.Masukkan sikit-sikit dan mixer tu biarkan perlahan.Kalau laju karang, abis berterabur tepung tu macam aku tengok sorang selebriti cantik masak di TV.

5.Bila dah sebati dan rata, bagikan kepada 2 bahagian.Satu kuning satu lagi merah, contohnya.Atau ikut sukalah.

6.Kukus selapis-selapis macam buat kuih lapis tu.
Bab ni aku belum mahir.Tu yang kuih aku tak secantik kuih asal tuan punya resipi.
( Tuan punya resipi kalau terbaca resipi ni,beritahu aku ye.Aku nak bagi credit tapi aku lupa)

Akhir sekali, apa lagi, makanlah!

Berikut adalah gambar yang berjaya aku rakamkan...
-
-
-
-
-


Opps!Sorry!
Yang ni puding karamel.
Silap!
yang ni buat semalam.

-
-
-
-
-
-



Haa... ini dia!
Kek Lapis Kukus Serikaya.
( tapi ni yang aku buat tahun lepas )
-
-
-
-
-
-
-


Yang ni aku buat hari ni.
Mengada-ngada nak warna purple.
Akibatnya pucat je kuih aku tu.
Lapis pulak tak cukup banyak sebab aku sibuk nak kejar Bella Calamidades!
Tapi rasanya, ummmmmmmm..
yummy!!!!!

Jemput makan?