Tuesday, December 2, 2014

Kelas dan Cara buat decoupage.

   Telah lama aku teringin nak mencuba seni yang ini.Tapi tak sangka yang peluang datang tanpa diduga.Telah lama benar aku tinggalkan berus-berus lukisan aku.Warna Winsor & Newton aku pun dah lama tak bersentuh.Berhabuk.Sedang aku berangan-angan untuk kembali melukis, aku terjumpa seseorang yang sangat menarik perhatian aku dengan hasil kerja tangannya.Cantik sangat!Ibarat peperiksaan, aku beri gred A+.Bila aku hubungi, tak sangka rupa-rupanya, jarak rumah kami hanya 5 minit berjalan kaki!

    Seperti yang dipersetujui, Ahad, 30 November lalu, aku pun muncul di rumahnya tepat jam 1.45 petang, sebagai seorang pelajar.Dengan bayaran yang sangat ok, semua bahan disediakan dan aku diajar dari A hinggalah Z.Selama ini ku sangkakan, lukisan 100%, tetapi rupa-rupanya adalah teknik yang diajar.Patutlah cantiknya, aduhai!Terima kasih ye cikgu.Mula-mula, cikgu aku tu terangkan cara umum ikut step agar otak aku lebih mudah terima.Kemudian, satu demi satu step diterangkan dengan sangat detail.

   Pertama kali bermain dengan glaze atau varnish, lebih-lebih lagi menggunakan tangan, aku rasa kekok sangat.Tapi setelah beberapa ketika, aku mula rasa selesa dan yakin.Hasilnya?Bolehlah untuk yang pertama kali membuat decoupage macam aku.Rambang mata melihat rumah cikgu aku tu penuh dengan pelbagai hasil kerja tangannya.Dari luar rumah hinggalah ke dapur!Dari telur ayam hinggalah gergaji kayu!Secara jujurnya, rumah begitulah yang aku inginkan.Insya Allah, target aku, bulan Jun 2015, rumah aku sekarang ni dah berubah menjadi syurga deoupage ciptaanku sendiri.Sebagai signature, aku nak blend dengan bunga-bunga felt dan cross stitch.Kalau boleh, aku nak cuba hasilkan lukisan kanvas sebagai tambahan.Cuma takut masa tak mengizinkan.Tamak ke?Taklah kan?

   Tiba-tiba teringat pula janji dengan kawan untuk belajar mengait.Seni yang satu ni memang aku jauh ketinggalan.Maklumlah kali terakhir aku mengait, aku pun dah lupa bila.Harap-harap, dapatlah aku asah semula skill mengait aku yang dah berkarat.Tapi, kena cari masa yang sesuailah.Kalau kelas decoupage aku ambil masa dari pukul 2 hingga 6 petang, kelas mengait jangan sampai ke subuh sudahlah.Cuma semua tu kena buat dalam masa cuti sekolah ni.Kalau dah mula musim sekolah, aku 'berseni' dengan anak-anak murid aku sajalah.Doakan aku dapat mencapai misi aku yang ini dalam masa cuti sekolah ni ye.


 

Inilah hasil pertama seni decoupage aku.
Aku namakan Scarlett's bouquet of life.
Ada comot sikit bahagian kanan tu kan?
Nasib baik cikgu aku tu tak reject.


Yang ini hasil yang kedua.Aku namakan My empty Happiness.
Kenapa empty? Adalah.....



Yang ni bukan decoupage ye.
Yang ini aku ambil cenkerang kekapis, aku basuh dan lukis guna Winsor & Newton.
Nampak kilat sebab aku sapu dengan Cutex.
Jadilah sebab tak de glaze.


Nampak tak yang putih tu?
Itulah kulit asal kekapis.Baru lukis je tapi belum cat.

0 comments:

Post a Comment