Kalau dulu kita ada penyakit PhD ( penyakit hasad dengki), sekarang kita ada penyakit D ( dengki).Tapi entry aku tak de kaitan dengan kedua-duanya.Penyakit yang aku maksudkan bukan yang tersebut di atas dan bukan yang sewaktu dengannya.Penyakit yang aku maksudkan adalah DENGGI.Yes! DENGGI .Kenapa tiba-tiba aku nak cerita tentang denggi?Ha... Alkisahnya begini...
Dah seminggu aku rasa tak sihat.Kejap sakit abdomen, kejap sakit pinggang.Badan kejap panas kejap sejuk.Ah sudah!Kena denggi ke aku?Kebetulan jiran depan rumah 3 beranak kena denggi.Jangan-jangan aku pun kena denggi!Oh Jangan!Bila tanya kawan-kawan, ramai yang syorkan aku makan sup ketam.Alahai..Aku bukan tak suka sup ketam.Aku suka sangat makan ketam.Ketam kan sedap(Ketam kayu tak masuk kategori ye) Aku alergik pada ketam dan makanan laut lainnya.
Kalau makan ketam nanti, habislah timbul biji-biji air gatal di jari aku.Kemudian ia berubah menjadi biji-biji nanah.Kemudian berubah lagi jadi keras macam kena gam gajah.Kemudian berubah lagi jadi merekah retak seribu dan berdarah.Hoooo!!!Sakit tau!Tapi kerana takutkan denggi, aku makan juga sup ketam.Hasilnya?Dah berdarah-darah dah jari ni.( Betul ke sup ketam boleh bantu ubati denggi?Ye ke?)
Demam masih juga tak sembuh walau pun dah bermangkuk sup ketam yang aku makan.Try jus betik pulak.Sebut tentang betik, aku si bendul ingatkan buah betik masak dibuat jus.Tapi rupa-rupanya jus daun betik.Kalau tanya orang kampung, caranya daun betik tu direbus dan minum airnya.Tapi bila aku Google, pakar berkata cara tu salah.Cara yang sebenar ada di SINI.SILA KLIK DAN BACA.JANGAN MALAS YE Cuma rasanya tak sedap.Almaklumlah ubat.
Alhamdulillah... hari ni dah ok sikit.Tak perlu ambik darah kot.Aku paling tak suka ambik darah sebab sekali cucuk bukan terus keluar!Kulit tebal sgt dengan lemak.Dan of course aku tak suka penyakit D.Penyakit yang aku takuti, denggi.Demam panas biasa sebab penat dan rindu pada anak-anak murid aku di sekolah kot.Eleh!Macam iye je?
Buncit nampaknya perut tu Cik Des?
Gambar pinjam Google
0 comments:
Post a Comment