Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, December 6, 2014

Cara dapatkan jus betik untuk ubat denggi.

   Mengantuk sungguh mata hari ni.Gara-gara spring cleaning the whole house.Belum siap.Cuma 80%.Lambat siap kerana jariku terluka.Terkena kaca.Nak buat macam mana?Redha sajalah ujian buatku.Tapi, sambil-sambil mengemas, biarpun dalam gerak slow motion ala kura-kura tercekik, aku sempat siapkan ubat untuk anak bongsu kesayangan.

   Dah hampir seminggu demam tak mau pergi.Bawa ke klinik dan ujian darah disahkan tidak ada denggi yang singgah.Aku risau.Apatah lagi bila dia mengeluh sakit pinggang yang amat.Ubat doktor dah makan.Ujian darah dah buat.Jadi jalan pilihan adalah cara tradisional.Jus betik.Aku mesti beri jus betik!Sup ketam dah 2 hari makan tapi tak berkesan.Ya.Betik.Eh, daun betik.Kau tunggu aku petik.

   Oleh kerana betik di sekolah saja yang aku nampak, aku pun segera ke sana.Jumpa kakak guard yang banyak mulut, aku tanya daun tua atau muda.Jawapannya dengan yakin,mudalah.Kalau tua rasa pahit.Eeh!Buat ubat mestilah pahit.Hatiku berkata.Tapi mulut segan pula nak bertanya.Dasar aku si lurus bendul.Aku pun petiklah pucuk-pucuk muda.Ambil juga kesempatan memetik delima putik.Minta maaf pakcik tukang kebun.Aku ambik nak buat ubat badanku yang makin berat.Diet tak mampu aku buat.

   Tiba di pertengahan jalan balik, masuk mesej Whatsapp dari adik.Alahai!Daun tua rupanya.Dengan cara penyediaan sekali adik sertakan.Baru betul!Ku sangkakan rebus dan minum airnya.Rupa-rupanya perlu direndam 15 minit setelah dibuang tulang dan tangkai pada daun.Selepas direndam, kita perlu toskan dan kalau boleh keringkan.Kemudian racik atau gunting kecil-kecil.Blend tanpa air atau tumbuk guna lesung ala-ala buat inai di kampung.

   Step seterusnya, letak di kain bersih.Perah dan dapatkan jusnya yang hijau pekat tapi cantik.Dua helai daun cukup tua dapatlah 3-4 sudu jus.Kemudian paksa pesakit minum dengan kasih sayang.Mula-mula anak bongsu aku ni degil tak nak minum.Busuklah.Pahitlah.Itulah Inilah.Dengan psikologi, berjaya juga akhirnya aku paksa.Hah kau!Buntang mata sambil telan!Itulah budak zaman sekarang.Makan minum nak manis je.Jamu langsung tak nak.Tapi nak petua awet muda emak!

   Cuba tengok emak.Kulit emak bersih.Tak de jeragat ke parut.Tu khasiat jus betiklah tu.Aku masuk jarum.Anak aku mengangguk.Baru nak minum.Padahal 2 sudu je pun.Lega...Alhamdulillah.... Lepas anak tidur, aku mandi dan gosok gigi.Eh!Mestilah.Maksud aku, aku mandi gosok daki guna daun betik yang jusnya aku dah ambik.Bau tak sedap tapi aku tau nyamuk confirm tak hinggap.Sekarang nyamuk banyak weiii!!!Aku takut denggi.Kawan baik aku baru je meninggal sebab malaria.Eh?Ada kena mengena tak?Lepas tu zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz   alahai ... Aku tertelap depan laptop.Maaf ye!Kan tadi aku cakap aku mengantuk!Serious.Aku tak tipu.




ps:Doakan baby kesayangan aku dan kakaknya tu cepat sembuh ye.
Kesian aku tengok asyik merengek je.



Gambar Google punya juga.

Yang ini barulah ubat awet muda aku.
Pucuk betik buat ulam.
Tak payah cicah sambal belacan sebab aku alergik udang.





1 comments:

Etuza Etuza said...

Asalam paling lawa template blog ini..done follow ..jengok blog Etuza
http://madey09.blogspot.com/

Let's have a break!