Showing posts with label keputusan bolasepak piala aff suzuki malaysia lawan thailand. Show all posts
Showing posts with label keputusan bolasepak piala aff suzuki malaysia lawan thailand. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Biodata si pembunuh

   Rupa-rupanya , si pembunuh semangat HARIMAU MALAYA ni masih lagi guru Bahasa Inggeris.Hish!Malang sungguh sesiapa yang jadi anak muridnya.Nama sebenarnya adalah Lee Min Hu.Umur baru 33 tahun tapi dah nampak lebih 43 tahun sebab takde rasa kasih sayang.Dari 34 game, dia telah layangkan 137 kad kuning dan 6 kad merah.Ni kalau jadi guru disiplin ni mau mati anak murid dilayangkan rotan!


Thursday, December 13, 2012

Apa aku buat?

'Apa aku buat?'
   Walau pun Fadhli Shas berada beribu batu semasa mengucapkan kata-kata di atas, sampai saat ini ia seolah-olah masih terngiang-ngiang di telingaku.Kesian Fadhli....



Cuba kita jadi Fadhli Shas.
Apa perasaan kita?




Sunday, December 9, 2012

HARIMAU KE NI?SEKSINYA!!!

Senarai nama pemain Harimau Malaya Piala AFF Suzuki 2012

Berikut adalah senarai nama Harimau Malaya yang telah dan akan mengaum AUMMMMM!!!!!

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias

Pertahanan : Zubir Azmi,Azmi Muslim, Bunyamin Umar, Mahali Jasuli, Fadhli Shas,Faizal Muhamad, Aidil Zafuan Abd Razak

Pemain Tengah : Badrol Bakhtiar,Wan Zack Haikal, Azamuddin Akil,S.Kunalan, safiq Rahim,Shakir Shaari,Gary Robbart,Amar Rohidan

Penyerang :  Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha,Khyril Muhymeen,Fakri Saarani, AhmadHazwan

( Malam ni siapa yang mengaum ye?)



Gambar google


Petua untuk menghilangkan rasa mengantuk

  Entry pasal petua lagi.Bukan apa, esok-esok, bila aku dah tak de, bolehlah anak-anak aku tak kiralah anak buah ke anak angkat ke,( anak ikan takde ye) praktikkan.Petua kali ini adalah bagaimana untuk menghilangkan rasa mengantuk.

   Pengalaman akulah biasanya aku cukup mengantuk time menonton cerita Melayu yang entah apa-apa.Tapi, sekarang ni ok juga sebab dah banyak cerita yang tak membuatkan aku tidur.Selain dari itu, aku cukup mengantuk time meeting kalau tuan pengerusi tu cakap dahlah slow ala-ala berbisik bulan madu( Censored!Censored!) dah tu isu syok sendiri je.Contohnya tajuk,:Bagaimana Saya Boleh Menjadi Guru Cemerlang.Uwekkkk!!!!Muntah pelan-pelan.Ops!Ops!Cerita KLANGIT ke laut pulak dah!

   Ok.Berbalik kepada petua untuk hilangkan mengantuk adalah.... jeng!Jeng!Jeng! ....dengan main warna.Jangan fikir kotor.Takdenya main-main warna macam BALAS.(Yeah!!BALAS dah terkeluar!!!!) Caranya, pertama kena relax.Kedua, pejamkan mata (jangan tidur ha!) Ketiga,cuba bayang warna merah.Gambarkan seolah-olah nampak warna merah yang terang walau pun dengan mata terpejam.Buat 3,4 kali.Dengan izin Allah, akan hilanglah rasa mengantuk tu.

   Kalau agak-agak susah nak main-main warna, cubalah minum secawan kopi pekat tanpa gula.Errr.... tak tahan pahit?Ok.Ok.Letak sikit je gula.Lepas tu, mesti mata segar macam lepas tengok LANA NORDIN.(?Eleh!Buat-buat tak faham pulak.Kura-kura dalam perahu) tapi ingat!Jangan minum kopi jantan nanti kang ha.... &*^%$)(#!!!! Kalau tak de kopi, nescafe pun boleh.Janji belakang dia ada bunyi 'pi' atau 'fe'.Kalau nak lebih thrill, cari kopi tahi musang ( Ceh.... dah ketinggalan zaman.Lagi pun tu Indonesia punya.Tak rela I nanti Indon kata kita curi hak dia orang.Baik cari tahi gajah.Orang sekarang dah minum kopi tahi gajah.Power sikit)

  Alah mak.Masalah betul.Kopi tak nak.Nescafe pun tak suka sebab boleh buat sakit kepala.Jangan risau.Cara lain senang je.Letakkan badan separas dengan lantai.Letakkan kedua-dua tangan lurus di sisi.Kaki pun kena lurus betul-betul.Letak sebiji bantal di bawah kepala.(Kalau boleh bantal kekabu.Jangan sesekali guna bantal isi bulu itik.Kesian itik tak de bulu.Sejuk tu).Kemudian, tarik nafas perlahan-lahan sambil pejamkan mata.Kalau time tu musim sejuk, pakailah selimut.Step terakhir adalah pejamkan mata. ????? Apa lagi???Tidurlah!Gerenti lepas tidur tu mata jadi segar.Hahahaha!!! (Peringatan:Hanya boleh dipraktikkan jika anda di rumah.Kalau di sekolah atau di office, alamat cari nahas!)  Ok.SELAMAT MENCUBA dan bermimpi sampai ke bintang.



Mimpi sampai ke reban itik

p/s: Malam ni kalau rasa mengantuk, pergi cari mana-mana kedai atau restoran yang ramai orang menonton SEMI FINAL PIALA AFF SUZUKI MALAYSIA LAWAN THAILAND.Garenti tak mengantuk.