Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, August 2, 2013

Kuih Dahlia number one.

   Bunyi mesin jahit kedengaran dari tadi.Sesekali aku terhidu wangi bau kuih dari dapur.Emak mesti buat kuih Dahlia sambil menjahit ni.Adik beradik perempuan aku ada 4 orang.Umur tak berapa jauh bezanya.Biasanya semasa hari raya, emak suka buatkan baju kurung dengan warna dan corak yang sama.Orang panggil boria tapi aku tak kisah.Itulah seronoknya hari raya.

   Kuih yang emak buat tu, akulah yang tukang letak manik gula sebiji di atasnya.Kalau tak de manik gula yang cantik berkilat warna-warni tu, emak akan guna kismis atau ceri yang dipotong kecil.Semasa aku kecil dulu, aku selalu berangan yang aku akan buat kuih aku sendiri untuk hari raya bila aku besar nanti.Oh ya.Sambil bakar kuih, emak terus menjahit baju kurung aku adik-beradik.Hebat betul mak!

    Tapi bila aku dah besar, atas alasan kesuntukan masa, aku cuma dapat beli kuih tunjuk-tunjuk.Tunjuk guna jari je dah jadi kuih sebekas!Tapi, mana boleh lawan kuih Dahlia emak.kuih tunjuk-tunjuk aku, rupa lain-lain, cantik bukan main, tapi rasa semuanya sama.Tapi kuih dahlia emak, sampai sekarang aku terasa lazatnya.Selain kuih Dahlia, emak juga handal buat biskut Pesaka Terpendam.Kuih ni ada inti kacang di dalamnya.Kalau sempat cari resipi yang emak tulis dalam buku resipi kulit keras emak tu, bolehlah aku kongsikan nanti.Tapi, buku resipi emak kebanyakannya tulisan jawi.

Sementara itu, kita rujuk dengan tuan punya gambar, Cik Engku Norkamilah cara nak buat kuih Dahlia ni ye.

Try google gambar Biskut Pesaka Terpendam, tapi takdelah pulak.
Betul-betul terpendam!

   Nampak gayanya, aku kenalah juga try buat Biskut Pesaka Terpendam tu.Tapi raya tahun ni, memang tak sempat.Maknanya, raya tahun depanlah kot.Apa nak buat, masa selalu cemburu pada aku.Tahun ni, aku hidang kuih tunjuk-tunjuk jelah.  Hmmmm.... Teringat semula kenangan malam-malam hampir raya masa emak masih sihat.Tapi sekarang, emak dah tak berapa sihat.Jadi, aku adik-beradiklah yang akan gotong-royong buat apa yang patut untuk hari raya sebagai pengganti emak.Tapi, walau pun kami lulusan universiti, air tangan emak dan Kuih Dahlia emak still number one!


2 comments:

whitecappuccino said...

biskut dahlia mak memang the best kan?

Jemarisuri said...

dulu mak kita pun suka buat tp skrg dh tiada lg...mai tunjuk2 je..hihi

Let's have a break!