Hari ni dah 25 Ramadhan kan?Maknanya 5 hari je lagi nak raya.Tentu blogger-blogger pun sibuk sampai tak sempat nak update blog,kan?Bagi warga pendidikan macam aku, hari ni kami dah bebas!Yeah!!!!Bolehlah fokus pada 5 malam terakhir Ramadhan dan buat persediaan untuk hari yang mulia tu.Aku pun update blog sambil mengemas rumah.Naik sakit pinggang aku menyental cermin tingkap dan mencuci dapur.Aduhai!Dah makin tua nampaknya aku!Kena sedar diri, tau!
Sambil-sambil tu, aku intai-intai pinggan mangkuk dalam kabinet.Alamak!Banyak juga pinggan mangkuk yang tak bersentuh atau dengan kata lain tidak pernah aku gunakan.Membazir betul!Tiba-tiba aku rasa bersalah pulak.Semasa aku mula bekerja dulu, aku memang gila kumpul pinggan mangkuk.Tapi, penghujungnya, pinggan hadiah sabun jugayang aku guna sebab sayang nak guna pinggan beli yang mahal.Tak patutnya aku sedangkan ada orang lain tu, makan guna pinggan plastik je.Jadi, aku ambil keputusan untuk guna pinggan mangkuk tu semaksima mungkin.
Time mengemas dapur ni, berapa kali entah aku hampir tergelincir.Semuanya gara-gara Cik Cak.Nampak macam takde tapi bila buka kabinet, mak aih.... banyak beno Cik Cak ni berumah!Siap dengan telur-telurnya sekali.Bila terpijak, yuck!!!Gelinya!Ganggu mood aku nak mengemas je.Nasib baik tak jumpa lagi kaum kerabat Si Oggy the cockroach tu.Kalau tak, mau lompat kijang aku!
Jap!Jap!Aduhai...Lagu gazal pulak kat Sinar FM ni.Penawar rindu, padamu seorang.... Mengapa selalu... Semangatku dikau puja... Cewah!!!Arwah Orkid Abdullah menyanyi lagu ghazal memang best.Hilang penat aku mengemas rumah dengar lagu ghazal favourite aku ni.Terima kasihlah ye Najman.Selain lagu ghazal ni, tentulah banyak lagu raya.Tapi, frankly speaking, aku cuma minat lagu raya lama-lama je.Lagu yang baru bukan tak best, tapi 'tak ada jiwa melayu'.
Oh ya!Teringat kenangan beraya di rantau orang buat pertama kali dulu.Meleleh air hidung menangis bila dengar lagu raya Dendang Perantau.Meresap, menyusuk ke jiwa.Tapi, bila dengar lagu-lagu yang baru, terpaksa dengar lirik baru tau lagu tu lagu raya.Kan?Oklah.Cukup time bersiaran.Kena sambung balik mengemas.Sebenarnya bukan untuk raya je, tapi memang dah lama rumah tak 'mandi'.Asyik sibuk dengan kerja je memanjang.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
1 comments:
selamat hari raya...
Post a Comment