Entry last bertarikh 4 Ogos 2013.Hari ni 7 Ogos 2013.Maknanya 2 hari aku tak update blog.Bukan sebab aku sibuk buat persiapan Hari Raya, tapi kerana aku demam.Nasib baik sempat siap jahit langsir, kemas rumah dan siapkan 2 pasang baju kurung untuk anak-anak dara aku.Demam penat kot.Maklumlah, badan dah tak berapa nak muda. Hehehehe....
Pagi tadi, pukul 8.30 pagi aku dah bertolak balik kampung.Balik rumah emak ayah aku.Dalam 8.35 pagi, aku dah sampai depan rumah emak.Aikk?Kenapa cepat sangat?Memanlah cepat sebab emak ayah tinggal sekampung dengan aku.Hehehe.Balik kampung juga namanya kan?
Sampai rumah emak, aku tengok, ayah tak berapa sihat.Ayah senyap je.Biasanya kalau ayah sihat, ada je borak dia dengan anak cucu.Tapi, hari ni ayah senyap je.Rupa-rupanya ayah pun demam.Tapi aku dah sihat, ayah belum.Walau pun masih awal, aku terus ke dapur tengok apa yang patut dibuat.Emak dah tak sihat jadi, pandai-pandai kamilah adik beradik untuk memasak.
Menu biasa di rumah kami adalah ketupat, kari ayam, rendang daging, sayur lodeh dan kuah kacang.Sementara menunggu kakak sulung aku tiba, aku pun isi ketupat.Tahun ni aku kempunan menganyam ketupat.Oleh sebab aku demam, tender menganyam ketupat semua adik aku yang ambik.Aku dapat menganyam sebiji je lepas gian.Sesekali ayah menjenguk.
Tiba-tiba, aku dengar, ayah muntah.Ayah rasa tambah tak sihat.Ayah nampak lemah sangat.Adik aku yang baru balik dari Shah Alam terus bawa ayah ke klinik.Tapi, pihak klinik suruh bawa ayah ke hospital.Kami di rumah, dah mula risau.Adik aku bawa ayah ke KPJ di Bukit Dahlia tapi pihak KPJ suruh bawa ke Hospital Sultan Ismail.
Ini yang aku rasa nak komplen ni sebab KPJ pandang ayah sebelah mata.Mentang-mentanglah ayah orang kampung, 'Money Constrain' jadi alasan untuk tidak merawat ayah!Dia tak tau duit ayah berkepuk-kepuk dalam bank!Jadi, ayah terpaksa naik ambulans ke Hospital Sultan Ismail.Kata adik, ayah muntah lagi sebelum naik ambulans.Kesian ayah.
Sementara itu, aku dan yang lainnya di rumah teruskan memasak sebagai persediaan Hari Raya.Dengan kata lain, kami siapkan lauk-pauk Hari Raya sebelum jam 4 petang untuk dihantar ke rumah saudara-mara dan untuk berbuka petang nanti.Kira tradisi tiap tahun berbuka di rumah emak ayah di hari terakhir berpuasa.Ayah masih lagi di HSI hinggalah aku menaip entry ni, lebih kurang jam 5.20 petang.Ala ayah.... Cepatlah balik!
Ayah dan anak cucu.
0 comments:
Post a Comment