Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, August 29, 2011

Entry kenyang makan ketupat....

   Esok, sah hari raya.Time berbuka tadi pun dah reunion dinner.Adat biasa keluarga aku, ramadan terakhir, berbuka dengan lauk-lauk hari raya seperti ketupat, kari ayam, kuah kacang, sambal goreng dan rendang.Kalau zaman dulu, bila dah umum esok sah raya baru sibuk tangkap ayam.Maka bersengkang matalah kaum ibu di dapur menyiapkan juadah raya untuk esok.

   Jadi, aku rasa, kebiasaan yang jadi amalan keluarga aku lebih baik.Malam raya dah boleh fokus buat kerja lain.Menggosok baju, menyiapkan bekas-bekas kuih dan lain-lain lagi.Orang lelaki pulak ke masjid untuk bertakbir ramai-ramai.Anak-anak buah aku ramai lelaki.Umur pun tak lepas sekolah rendah lagi jadi riuhlah suara mereka bertakbir dengan yainya, ayahku.Kebetulan tahun ni semua adik beradikku balik.

   Pagi raya esok, lepas sembahyang raya,kami adik-beradik ramai-ramai ke rumah saudara-mara.Lepas tu balik rumah, tunggu saudara-mara pulak datang.Hari raya kedua atau ketiga barulah giliran emak dan ayah berkunjung ke rumah orang-orang yang lebih tua.Tapi tahun ni, emak dah tak berapa sihat, jadi, aku ambik tender duduk rumah emak tolong buat air kalau ada saudara-mara yang datang.

   Ok.Itu je lintas langsung dari rumah aku.Suara ayah takbir di masjid sebentar lagi tentu kedengaran.Lepas ayah balik, ayah tentu sibuk.Ayah imam jadi sibuk sikit malam ni sebab ramai juga yang biasanya bayar fitrah lepas isyak malam raya ni.Aku pun masih plan nak mengemas rumah emak dengan kakak kembarku yang tak kembar. ( rupa je sama tapi beza umur 4 tahun) Jumpa lagi esok ye.



Ayah masa baru balik haji tahun lepas.



Tiba-tiba teringat pada Abang Gedek.
Pakai baju hitam juga ke dia time hari raya?

6 comments:

SoLy SoLicious said...

selamat hari raya :)

Syazwan Che Deraman said...

selamat hari raya!
maaf if ada salah silap!

saharinasaharudin said...

salam aidilfitri :)

gnesop.com said...

selamat hari raya, maaf zahir batin buat cikgu dan keluarga

Kad ucapan raya:
http://www.gnesop.com/2011/08/selamat-hari-raya-aidilfitri.html

gedek! said...

Owh... tu kena temgok entry esok.... mungkin baju bling-bling..?

wachak said...

assalam cik uji

selamat hari raya eidulfitri dan selamat menyambut hari kemerdekaan.

Let's have a break!