Monday, August 1, 2011

Wajarkah telekung difesyenkan?

      Dulu telekung kain cotton.Warna putih.Ada sulaman sikit-sikit je.Kemudian telekung penuh dengan sulaman pelbagai warna walaupun warna masih lagi putih.Sekarang telekung dah macam-macam warna.Yang terang dan menarik perhatian pulak tu.Sulaman jangan katalah, penuh sekeliling.Bila orang nampak ( perempuan le tu) tentu memuji. Sama ada ikhlas atau tak wallahu alam.Yang dipuji tentulah suka tapi silap-silap timbul riak dan bangga.


   Selain yang ikhlas memuji, tentu ada yang mengata.Alah!Telekung cantik pun nak berlagak!Contohnya.Dah tambah dosa tu.Dah tu balik rumah, merengek kat husband minta belikan yang lebih gah lagi.Ini pun dosa jugak kalau sampai buat husband marah dan niat beli semata-mata nak berlumba-lumba, tunjuk siapa lebih hebat.Akhirnya niat nak beribadat ke mana, dosa yang dapat.Soalnya:Wajarkah telekung difesyenkan?







Telekung dulu:Bersulam tapi masih putih



Telekung zaman sekarang :Meriah dengan warna.
Tak mengganggu konsentrasi orang lain time solat ke?



Sederhana bukankah lebih baik?

(Gambar semua dari album Cik Google)



10 comments:

Miss Izah Mohamed said...

first time jumpe telekung camni... kalau di pereka tu tahu fungsi telekung ni sebenarnya, dia takkan buat kot cmni.. wallahualam..

slmt bpuasa...

Nizam Ijam said...

x sokong!!!

safurara said...

smlm baru je rara tanya mak metua pasal ni.dye kate tak elok sbb menggangu org lain dan boleh menimbulkan riak.

iniialahaku said...

ni tjuk MHI kan??hehe..tula pasal,wana wani smacam plak tgk tlkung wana wani ni...

Sufia Mahzan said...

Pernah juga terfikir isu yg sama. Sampai boleh cakap dgn kawan-kawan, 'nk tgk telekung cantik,pergi solat terawih'..huhu

Tapi maybe sbb kite di Nusantara slalu disinonimkan dengan telekung=warna putih. Sedangkan tempat lain takde pun istilah telekung tu..kan?

Apa-apapun, kembali kepada niat kan?

GadisAntik said...

bg syu, tak yah lah design2 telekung ni. syu lg suke putih. npk suci & bersih melambangkan islam yg suci & bersih ;)

aizamia3 said...

kalau solat dirumah takde yang perasan oklah.. tapi cuba bayangkan di masjid.. sedikit sebanyak ada perasaan lain mengganggu..

-bersederhanalah dalam segala hal..

Anonymous said...

salam.
pada saya la, mmg tak wajar.
dah nyata byk keburukan dpd kebaikan kenapa mesti diadakan. xfaham la.
mmg Allah suka benda cantik, tp jgn smpai berlebihan.
mcm tu jugak pakai tdung, tak salah nk cantik2 n berfesyen, tp tak boleh berlebihan.

.hanya pendapat.

AimiiiLove said...

telekung warne pink??tak pernah nmpk pun,wame hijau adelah.hehe

:) happy fasting

Hanif said...

janji tutup aurat....kalau semua nak warna putih ajer...tak ada warna2...pun kurang menarik gak.. Satu lagi niat...kalau kau pakai tudig putih pun semata2 nak tunjuk kau tutup aurat..pun dosa gak..
entah ler..konpius

Post a Comment