Berapa hari lagi nak raya ye?Aku rasa di mana-mana pun dah ada mood raya sekarang ni.Tapi kenapa aku masih takde mood nak raya ye?Nak start jahit baju pun malas.Asyik terbayang kerja sekolah je!Karang silap-silap hari bulan, time cuti raya tulah aku menyemak buku anak-anak murid aku.Oleh kerana nak panggil mood bukan Mahmood maka aku publishlah kenangan raya tahun lepas.
Nama tat ni Tat Rindu Malam.Cewah! Jiwa Melayu gitu!
(Nasib baik tak namakan Tat Scarlett O'Hara)
Ni Blueberry Cheese Tart aku buat sendiri.Rupa takde tapi rasa sedap!
Aku ni orang Johor 100% tapi aku suka sangat nasi dagang.Jadi hidangan raya tahun lepas adalah nasi dagang dengan rempah khas yang diimport dari Pasar Payang.
Lampu raya pun dah ada orang pasang di kampung aku sekarang walaupun 2 minggu lagi nak raya.
Boring!Boring!
Masih takde mood lagi nak raya ni.
4 comments:
kalu nak mahmood eh bukan, kalu nak mood kena gi soping raya kot...hehehe
Aikk..lagi 2 atau 3 hari datang ler mood...
org johor buat nasik dagang...org ganu pun tak pandai lagi buat..asyik order je...hehehe...
wau..tat tu nmpk menarik. S stand for stalker. :P haha..ske2 je.
Post a Comment