Friday, August 26, 2011

10 perkara aku menyampah tentang hari raya....

  Perkara yang aku tak gemar time hari raya adalah :

1.Budak-budak main bunga api jenis yang banyak asap tu.Mau mati tak bernafas aku dibuatnya.Tapi nasib baik sekarang dah kurang.

2.Anak-anak dara datang beraya pakai jeans walau pun dengan kebaya.Buruk benar nampaknya.Hilang identiti melayu.Kalu tak pun pakai baju kurung jarang terlampau yang boleh nampak co-o di dalam.Tak malu betul!

3.Emak bapak bawak kekasih anak dara dia orang beraya sekali dan dengan bangganya kenalkan pada sedara mara walau pun anak dara tu masih sekolah.Tak manis!maklumlah aku orang kampung.

4.Tetamu datang beraya tapi lamanya mak datuk!Sampai habis 2 filem di TV.

5.Pergi beraya rumah sedara mara, dalam rumah ada orang, tapi beri salam 2,3 kali langsung tak jawab.Geram betul!Mentang-mentanglah aku beraya naik Honda je!

6.Budak-budak datang beraya tapi dengan muka selamba tak malu, mintak duit raya je.Memang sah aku bo layan.Takde adab.

7.Budak-budak datang beraya dengan family, time nak balik, emak bapak ( biasanya emaklah) dengan tak malunya menyuruh anak yang masih kecil dan tak tau apa-apa, mintak duit raya.Tak senonoh punya emak bapak.

8.Lepas makan kuih yang ada paper cup tu, budak-budak ( kadang-kadang yang tak berapa budak pun ada), main selit je paper cup tu kat mana-mana terutama dalam vas bunga walau pun bekas sampah aku dah sediakan.

9.Masa raya aku suka letak gula-gula atau asam selain cookies.Suka tengok budak2 makan tapi paling menyampah bila dia orang balik, habis disapu semua masuk kocek!Tinggal balang kosong je.Bukan aku kedekut, cuma pada-padalah..

10.Time beri duit raya, budak-budak yang dah tersalah didik, bukak sampul duit raya tu dan cakap: Ala seringgit je? Memang aku ambik baliklah duit raya tu.Padan muka dia orang.



Cantik ke?


Contoh baju yang bukan baju.

(Gambar-gambar Cik Google punya)

10 comments:

:: cikNuurul :: said...

eeeeeeeeee,tolong lah!,.masyallah!,.rase geramm je nk face-to-face ngan org yg pkai bju jarang tu,.eh!,awk xrase pape ke pkai bju cmni?,.huwarghhh,kite yg tension!,.duh

Azlina said...

dasyatnya baju yang last tu! eeee....tak suka tengok

aizamia3 said...

setakat ni masih ok lagi cuma tang duit tu memang selamba dorang akan.. alah singgit je.. macam tak bersyukur pulak..

'takpe.. sikit2 lama banyaklah duit tu..'

Chempaka Aziz said...

setuju juga dgn entri ni,nak2 bab duit raya tu.pada mak bapak pesanlah kat anak2 tu jgn dibukak sampul aangpau dpn org yag kasi tu.bwk balik kat rumah baru tgok.kang klu dapat sikit,cakap pulak depan2 yg beri tu,sure kecik ati kan...
apa2 pun semua tingkah laku beraya ini seharusnya dititik beratkan oleh ibu bapa.kalau mrk tak ajar,mcm mana anak nk buat yg baik...

utk Scarlet-salam aidilfitri...maaf zahir batin drpd saya CHEMPAKA IN THE HOUSE.

Chempaka Aziz said...

http://youtu.be/Iz9-Wo8Gr-I

LydSunshine said...

Semua points yang berunsurkan duit raya aku setuju. ~Yang Benar, makcik kedekut. Hahaha.. Malang anak-anak buah aku.

MERAH said...

hehehe lawak tp ada betulnya jugak di situ :D

ItsMeTheAuthor~ said...

betul la ape yg ditulis tu..saye org kampung juge :D

dill said...

setuju dengan semua di atas.

mase komen ni ditaip, follower cik scarlet, dah 2020 org. cun ah nombor ni

dill.

ctpayong said...

Bismillah

Setuju sangat dengan No. 10.

Gambar contoh, baju tu ada namanya.."baju telan jang", sbb kalau org lelaki tengok sure dia org terpaksa telan air lior.

Post a Comment