Tuesday, August 2, 2011

Kahwin dengan teacher jelah!

    Hari ni terkejut kejap aku di sekolah.Nasib baik tak sakit jantung.Tiba-tiba, semasa aku berjalan seperti lipas kudung , aku terdengar seseorang memanggil aku,'Teacher Scarlett!!!' Mak ai!Terkejut aku!Siapalah pulak yang panggil aku Scarlett di sekolah!Aku toleh ke belakang dan ternampak seorang pelajar lelaki India tingkatan 5 tersengih-sengih dan masih lagi memanggil aku Teacher Scarlett.

   Kemudian, aku beritahu anak murid aku tu, janganlah panggil Scarlett di sekolah.Segan!Takut nanti orang kata Melayu perasan, makan belacan tapi nama Scarlett ( Walau pun aku tak berapa makan belacan sebab aku alergik) Nanti Pengetua aku Puan Rohana, yang amat aku kagumi, terdengar, pelik pulak dia, tiba-tiba ada cikgu nama Scarlett.Tapi,Anak murid aku tu kata, tak pelah sebab dia suka nama tu.Lepas tu dia kata, dia nak cari girlfriend nama Scarlett O'Hara.Aku kata, bukan senang nak cari orang nama Scarlett O'Hara sebab nama tu nama klasik.Kemudian, dengan tersengih-sengih tunjuk gigi yang amat putih bersih seperti dilumur dengan Colgate, anak murid aku tu kata, kalau gitu, kahwin dengan teacher jelah!



Agaknya budak tu terlebih baca entry kat blog Teacher Scarlett kot?
(Cik Kucing tanya)


p.s:Esok-esok, kalau aku terjumpa dengan anak murid aku tu, aku nak buat apa ek?

8 comments:

GadisAntik said...

haha. tiap2 hari dye bc blog teacher dye la ni. ;p

My Name is Mar said...

Ha-ha-ha:D
Kalau sy, saya pang laju-laju jek budak tu..
Ha-ha-ha:D

dill said...

eh. kawan saye kawen ngan cikgu kitorang tau, cikgu scarlet :)

dill.

Jendela Hati said...

wah gempak nie hehe

gnesop.com said...

bagusnya ramai anak murid baca blog.. jgn tulis merapu2 yer.. nanti anak murid tahu.. huhuh

syiela said...

dah addict kat teacher dia...


*** thanks ye.. syiela review sni juga :)

emarieys said...

pasti bangga

♥iDaYu aYu♥ said...

mmg minat kucing eaa... comel giler kot gambar2 tuh!

Post a Comment