Saturday, August 27, 2011

Balik kampung naik kereta lembu.

   Alhamdulillah.... Selamat sampai ke kampung halaman. Walau pun hujan sekejap-sekejap dan cuaca mendung, tepat jam 6.45 petang aku sampai di rumah ayah.Maaflah ayah, oleh kerana tersilap tengok jam yang dah nazak mintak nyawa, aku ingatkan baru jam 3 rupa-rupanya dah dekat waktu berbuka!Tak boleh harap betul aku jadi anak! Ketuk kepala sendiri. Segan pulak aku sebab ayah dah siap masakkan kari ayam pencen yang memang favourite aku!

   Selain cuaca yang  'menipu' aku, aku juga dilalaikan oleh tugasan membakar kuih.Kononnya nak buat satu je tapi alang-alang terus jadi 3.Aku angkat topi pada jiran aku Cik Ros Cantik yang tegar bisnes membuat kuih.Rupa-rupanya bukan mudah!Berapa jam aku dok mengadap oven putih aku tu sampaikan aku tengok oven tu gelakkan aku sebab kuih yang ke 3 tu tak berapa nak jadi.Nampak gayanya, terpaksalah aku batalkan niat nak buat kuih banyak-banyak.Baik aku blogging! bagi Cik Ros Cantik je buat kuih.

   Oklah.Aku nak bw jap.Sekarang ni aku di rumah ayah.Pukul 11 malam ni, aku balik rumah aku semula.Esok, aku balik kampung, rumah ayah lagi.Apa dia???? Opps!Aku lupa beritahu!kampung aku 5 minit je dari rumah sebab aku dan ayah tinggal di kampung yang sama.Balik kampung juga namanya kan?Jangan marah ye!


Kalau naik kereta lembu pun, tak sampai setengah jam dah sampai di kampung.

3 comments:

Belalang hijau Perisik said...

cis! itu pun d pggl balik kg ke? hahaha...

belalang dari kemarin x BW apa pun...mod dah ke laut :-p

Jendela Hati said...

Salam aidilfitri...

uncle gedek said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, scarlett!

Post a Comment