Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, January 29, 2014

Apalah telanjang!Cis!

   Akhirnya dapat juga aku blogging malam ni setelah seminggu aku diulit lena ubat.Hehehehe!Masih perlu makan ubat tapi serius aku lupa nak ambik ubat.Insya Allah, hari Khamis ni aku gi HSI ambik ubat.Harap-harap tak delah mudarat.Amiin....

   Cerita pasal ubat, baru-baru ni aku ke Legoland untuk kali ke dua sebagai ubat menghilangkan stress.Apa taknya, dapat masuk free pakej Combo=Theme Park dan Water Park.Kalau nak bayar sendiri sayang pulak duit.Maklumlah aku cuma seorang guru biasa.Daripada aku membazir bayar tiket Legoland, baik aku beri sedekah pada anak-anak murid aku.

   Kunjungan kali pertama pada 18 Disember 2013 bersama keluarga kakak kedua aku dan kunjungan terkini bersama keluarga kakakku yang sulung.Walau pun kunjungan kedua, tapi kami cuba permainan yang berlainan.Contohnya kunjungan kali ini, kami berpeluang melawat 'satu dunia' menaiki train.Seronok tengok macam-macam replika dunia dalam bentuk lego.

   Kemudian, kami menembak musuh dalam gua firaun.Bukan sekali, tapi dua kali.Seronoklah pulak.Kebetulan pelawat tak ramai maka puaslah kami menembak.Hehehe!Nasib baik tak penyek dikepit pintu berduri.Lepas penat menembak, anak-anak buah sibuk nak naik Projek X.Ala.... Yang macam roller coaster tapi naik 4 orang je tu dan laju gila terlampau.Kali pertama aku naik tapi kali ni mintak maaflah.Tak kuasa mencabar jantung.Budak-budak tu naik sampai 7 kali.Mentang-mentanglah tak de orang.Penat aku tunggu kat bawah.

   Sambil-sambil tunggu tu aku duduk-duduk je depan entrance Projek X.Tiba-tiba ... KEBABOM!!! habis basah baju aku kena tembak bom air.Adalah sorang budak tu yang tekan tombol bom air.Dia pun  terkejut sebab tak sangka itu sebenarnya bom air.Habis basah baju dia.Budak tu dari China.Famili dari Korea yang duduk sebelah aku pun habis kena tempias.Hahaha!Keciknya mata budak China tu ketawa dengan pipi merah macam kartun China.Lepas penat main bom air dan naik Projek X, kami solat zohor, tukar pakaian dan yahooo!!!terus ke Water Park.

   Di Water Park hajat hati nak duduk lama-lama bawah the big bucket yang tumpahkan air tu tapi Ya Allah!Sejuknya sampai ke tulang.Maka aku , kakak aku dan abang ipar aku pun beredar ke kolam yang ada ombak buatan tu.Hangatlah sikit tapi cuma dapat tahan sekejap je.Sejuk sampai ke tulang hitam.Nasib baik aku bawa tuala.Dapatlah aku berselubung.Nak sewa Cabana, mm... tak mampu den.Mahal sangat!Budak-budak pun tak dapat mandi lama-lama sebab tak tahan sejuk.

   Sebelum mandi,  kami sewa 2 locker.Sistem canggih sangat sebab nak buka atau kunci tak guna kunci tapi guna scan ibu jari je.Terasa macam di overseas pulak.Cerita pasal overseas semasa kunjungan pertama aku yang nampak tapi kunjungan kali kedua ni kakak aku pulak yang nampak.Nampak apa?Aku nampak mat salleh cun giler telanjang bulat nak tukar baju dalam bilik tukar baju.Kakak aku pulak terkejut , nasib baik tak demam, nampak amoi negeri mana entah, telanjang bulat depan dia.Tak senonoh betulBeruk Mat Ye pun malu nak telanjang depan orang.Apalah telanjang!Cis!

    Oklah.Cukup cerita tentang Legoland.Aku share gambar jelah.Kalau ada rezeki aku teringin pulak ke Puteri harbour jumpa Hello Kitty dan Lat.Jumpa lagi!



Maskot Legoland yang kelakar sampai melatah abang ipar aku.


Sewa cabana ni RM300.Sayang duit bagi orang sederhana macam aku.
Dari membazir sewa cabana, baik aku beli sate pak cik Haron Cahaya Masai, makan ramai-ramai kat rumah emak.


Inilah Projek X yang berpotensi menanggalkan jantung aku. Tapi anak dan anak-anak buah aku, relax je naik macam naik basikal sebab tu sampai ulang naik 7 kali.



Nasi lemak lauk telur kakak aku yang sambalnya sangat ummph tu baru RM1.50.Ni nasi lemak sampai berpuluh-puluh ringgit.Tak logik di akal.Ayam golek seekor pun tak sampai RM25.Kan?Tapi, ramainya yang beli.Makmurnya negara aku.Tak delah sampai tak makan walau pun cuma kangkung je yang turun harga.
Hahahaha!

   

0 comments:

Let's have a break!