Semalam aku mengajar OPS.Ala.... program yang mewajibkan pelajar bertutur fully English the whole lesson dan tak boleh menulis langsung tu.Program ni pun baru bagi aku kerana dah tiga tahun aku mengajar sesi pagi, tingkatan 4 dan 5.Mula-mula agak blur juga tapi fullamak!!!Rupanya seronok giler mengajar budak-budak Form 1 speaking.Walau pun kelas last tapi speaking skill dia orang boleh tahan.
Nak jadi cerita, semalam aku mengajar kelas 1 Bestari iaitu kelas keenam.Vocab mudah je. mother, father, brother dan ayat-ayat mudah untuk perbualan.Dek kerana 100 % anak murid aku lidah belacan, punyalah susah nak sebut 'th' style orang putih.Semua sebut 'de' ala-ala Lawak Ke Der.Aku jenis yang perfect kot jadi aku latih juga dia orang sebut style mat salleh makan keju.
Wow!Tak sangka!Budak-budak punyalah suka.Riuh satu kelas.Semua humming like bees.Aku nak talking like a bear barulah mudah aku nak betulkan sebutan yang salah.Selepas aku check pronunciation tiap pelajar, tibalah masa untuk anak-anak murid aku tu answer together.Aku sebut 'mother', dia orang sebut 'mother', aku sebut 'father', dia orang sebut 'father' tapi eh tiba-tiba ada sambungan siap berlagu lagi... Mother, father, gentleman! Dua, tiga kali aku try, itu juga dia orang cakap.tak kisahlah.Asalkan budak-budak tu happy belajar dan boleh sebut 'th' dengan betul.
Aku tertanya-tanya juga kenapa ada 'gentlemen'.Aku tak ajar pun.Bila aku siasat, rupa-rupanya dia orang ikut lagu Psy yang tajuk Gentleman tu.Alahai!Ketinggalan zaman rupanya aku.Manalah aku perasan tu lagu Psy!Hahahahaha! Mood = Tak sabar nak sambung mengajar balik anak-anak Form 1 aku tu lepas cuti raya Cina ni.
1 comments:
salam and hye, nak request, hehe.. boleh tak awak bagi suggested activities untuk verbal intelligence, form 1.
Post a Comment