Showing posts with label psy. Show all posts
Showing posts with label psy. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

Mother,father, gentleman!

   Semalam aku mengajar OPS.Ala.... program yang mewajibkan pelajar bertutur fully English the whole lesson dan tak boleh menulis langsung tu.Program ni pun baru bagi aku kerana dah tiga tahun aku mengajar sesi pagi, tingkatan 4 dan 5.Mula-mula agak blur juga tapi fullamak!!!Rupanya seronok giler mengajar budak-budak Form 1 speaking.Walau pun kelas last tapi speaking skill dia orang boleh tahan.

   Nak jadi cerita, semalam aku mengajar kelas 1 Bestari iaitu kelas keenam.Vocab mudah je. mother, father, brother dan ayat-ayat mudah untuk perbualan.Dek kerana 100 % anak murid aku lidah belacan, punyalah susah nak sebut 'th' style orang putih.Semua sebut 'de' ala-ala Lawak Ke Der.Aku jenis yang perfect kot jadi aku latih juga dia orang sebut style mat salleh makan keju.

   Wow!Tak sangka!Budak-budak punyalah suka.Riuh satu kelas.Semua humming like bees.Aku nak talking like a bear barulah mudah aku nak betulkan sebutan yang salah.Selepas aku check pronunciation tiap pelajar, tibalah masa untuk anak-anak murid aku tu answer together.Aku sebut 'mother', dia orang sebut 'mother', aku sebut 'father', dia orang sebut 'father' tapi eh tiba-tiba ada sambungan siap berlagu lagi... Mother, father, gentleman! Dua, tiga kali aku try, itu juga dia orang cakap.tak kisahlah.Asalkan budak-budak tu happy belajar dan boleh sebut 'th' dengan betul.

   Aku tertanya-tanya juga kenapa ada 'gentlemen'.Aku tak ajar pun.Bila aku siasat, rupa-rupanya dia orang ikut lagu Psy yang tajuk Gentleman tu.Alahai!Ketinggalan zaman rupanya aku.Manalah aku perasan tu lagu Psy!Hahahahaha! Mood = Tak sabar nak sambung mengajar balik anak-anak Form 1 aku tu lepas cuti raya Cina ni.

Tuesday, February 12, 2013

Cerita pelik tapi benar tentang limau dan lokan.

 Yang beraya adalah orang Cina.
Yang amalkan adat beri limau pun orang Cina.
Tapi, jiran adik aku, seorang India,
beri adik aku seorang Melayu,
kerana Tahun Baru Cina.
Satu Malaysia kan?


Nama limau ni Honey Lokan.

Monday, February 11, 2013

Oppa apa?Gangnam style

   Bukan nak cerita apa.Cuma nak share gambar PSY ni je.Nampak cantik gambar ni.Tapi aku masih tak minat si PSY ni.Bukan dia tak bagus, cuma aku lebih minat AMY SEARCH.Phewiit!!!!
Malam ni PSY mesti jadi carian popuar di internet.
Kan?Kan?


SEO?
Yes! OPPA GANGNAM STYLE

Seronoknya raya Cina!

   Ops!Jangan keliru ye.Aku tak sambut raya Cina.Tapi seperti family orang lain, aku rasa semasa cuti TBCina inilah kita dapat berkumpul anak-beranak.Maklumlah...Cuti kan lama.Sekolah cuti seminggu tau.Yeah!!!Malam tadi aku dah ceritakan sikit aktiviti aku dan family bila berkumpul.Malam tadi pulak entah pukul berapa kami tidur.Dah tu tidur style oppa gangnam mangsa banjir.Baring ikut suka sambil aka lintang pukang.Tapi itu yang seronoknya bila balik bercuti sesekali.   Sebelum tidur tu, macam-macam style aku tengok.Jap...... cerita dengan gambar jap ye.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Asyik beno anak buah aku sorang ni.
Kalau ada Cik Po di sebelah pun tak sedar.
Maklumlah....Dah lebih jam12 dah ni.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ayah tengah dok kira roti canai untuk sarapan pagi.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ni kucing jiran ayah.Suka beno dia datang.Hnatar balik banyak kali pun dia datang juga.
Kucing ayah ada sekor tapi hujung ekor pun tak nampak.
Kucing tu takut tengok ramai sangat orang.

   Plan tengah hari ni nak pergi makan belangkas asam pedas di Kampung Tanjung Langsat.Tapi, tak taulah.On ke tidak sebab cuaca macam tak berapa ok.Tapi kalau tak jadi pun, makan ramai-ramai di rumah pun best juga.