Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, February 10, 2013

Seronoknya!!!!

   Entry khas malam ini adalah siaran langsung dari rumah ayah.Anak ayah 2 lelaki 4 perempuan.Seorang je tak balik.Adik lelaki aku yang tingga di Shah Alam.Yang lain semua dah berkampung di rumah ayah.Kakak aku 2 orang.Adik aku dua orang.Anak buah ada ... japkira jap... 2+2+2+3=9 orang.Campur ipar ada 2 orang yang berkumpul.Walau pun tak ramai, cukuplah untuk memeriahkan rumah mak ayah.Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam ni.

   Bila dah berkumpul, selain borak-borak, rutin biasa adalah makan...Makan besar!Menu campur-campur.Ada menu orang putih, menu cina,menu melayu dan tak lupa juga menu jawa.Yang spesial adalah ayam golek.3 ekor untuk ratah je.Nasi putih ada, nasi minyak pun ada.Ada rojak petis, ada lauk semur, ada gulai nangka, ada sambal goreng, ada sayur tumis air sawi dan ... aikkk?Sardin pun ada.Meh tengok gambar jap.


Hidang ikut suka.Dalam bekas aiskrim pun boleh.

      

   Lepas kenyang,  ayah  panggil anak-anak buah aku..Saspens je.Ingat nak bagi angpow.Rupa-rupanya .....
-
-
-
-
-
-
-
-



Oooo.... ayah nak test mengaji rupanya...
Menyengih anak buah aku yang sorang tu.

    Lepas test mengaji, ramai-ramai dok borak di beranda.Hujan masih lagi turun renyai-renyai.ni yang seronok ni.Time borak-borak kalau ayah ada, mesti ayah cerita zaman dulu-dulu.Kenangan time kecik dok di kampung.Aku menyampuk sesekali je.Maklumlah... aku kan pemalu. Hehehe...Dalam blog tak berapa pemalu sangat.jap lagi lepas ayah masuk bilik, kita orang pun mulalah cerita yang lain.Cerita favourite, mestilah cerita hantu.Dulu kat kampung banyak beno kami jumpa hantu.Serious ni. Hahahaha... Opps!Ada bau keklah.Ooo... Rupanya kakak aku yang memang minat sungguh ke dapur, dah siap buat kek gula hangus.Fuyooo!!!!Kejap je dah siap.Entry aku pun belum siap lagi.Hahahaha... Salahkan Celcom ye.Oklah... aku nak join borak-borak sambil makan kek dulu.Esok aku sambung cerita baik punya.


3 comments:

Hayati Harun said...

seronok bila berkumpul anak beranak ni,mesti banyak yang nak dibualkan,silap2 x tidur sampai kepagi..:

whitecappuccino said...

macam raya kita kan? best ramai2..rmah akak ni ramai sgt2 anak buah ..6 family balik 1 jer tak blik.smlm duk blwn ping pong mlm ni lwn badminton plak..mlm tdi dah ber bbq 10 ekor aym dgn mee mihun n kue reow goreng..

Scarlett O'Hara said...

Betullah... Seronok!

Let's have a break!