Monday, February 4, 2013

Komplen kang kata kami ni banyak mintak!

   Nak minta pendapat sesiapa yang membaca entry aku ni.Kisahnya begini..... Minggu lepas, waktu pembelajaran & pembelajaran di sekolah aku bermula pada jam 7.30 pagi.Perhimpunan jam 7.10 pagi.Waktu last punch in pun 7.10 pagi.Tup!Tup!Tak de angin tak de ribut, hari ni, tanpa pengetahuan ramai guru dan aku sendiri, jam 7.15 pagi dah kena mulakan sesi p&p.Dan yang tak seronoknya tu, guru waktu pertama terpaksa menjemput anak-anak murid di dewan untuk ke kelas.Bukan budak sekolah rendah tau!Maknanya guru waktu pertama akan mendapat masa tambahan selama 15 minit.

   Bukan nak komplen cuma menyampaikan rasa tak puas hati rakan-rakan sekerja aku.Bayangkan mereka yang ada anak kecil terpaksa mengawalkan rutin masing-masing untuk hantar anak pada pengasuh atau nursery.Kalau pengasuh atau nursery sanggup terima awal-awal tak pe juga.Tapi bagaimana kalau mereka tak sanggup?Takkan nak punch in dulu kemudian keluar balik hantar anak?Bunyi macam mengarut tapi itulah hakikat yang sedang kami hadapi sekarang.

   Aku tak kisah pukul berapa kelas bermula kerana jam 6.50 pagi aku dah sampai.Tapi aku kesian pada mereka yang ramai anak.Tu tak masuk 'anak berjanggut' yang mungkin akan membebel sebab kami isteri-isteri tak sempat nak buat sarapan.Takkan hari-hari nak dengar mereka membebel?Kami ni umpama timun... Digolek kami luka, menggolek pun kami lukaJadi, apa pilihan untuk kami?Dahlah sekarang ni kami bukan setakat menjadi seorang guru, tetapi juga seorang kerani dengan macam-macam urusan perkeranian yang perlu diselesaikan.Konon dulu kata nak ada PA tapi sampai hari ni tak nampak pun.kami komplen banyak kang kata kami banyak mintak.Jadi, sekurang-kurangnya, tak payahlah ubah waktu p&p tu terlalu awal!bagilah kami peluang bernafas sikit.


Kami tak nak komplen banyak-banyak sebab kami pun nak jadi A+ teacher.

4 comments:

Unknown said...

Adoi..tough nye kan

mira_nas said...

uish.. awal tu kak.. kul 7.30 tu dah ok sangat dah.. nak awalkan lagi memang susah la..

Katak Comel said...

trok jgk kje cikgu ekk..bru taw

whitecappuccino said...

mak aii! awalbya start p&p! 7.10 akak msih kt rumah lg...7.30 sampai skolh..7.45 baru start kls..ksiannya cikgu kt situ..

Post a Comment