Monday, February 11, 2013

Yeah!Makan belangkas!

   Akhirnya yang diidam-idamkan pun tiba.Lebih kurang jam 11.30 pagi kami anak-beranak pun bertolak ke Kg Tanjung Langsat untuk makan belangkas asam pedas.Sesiapa yang tak tau Tg Langsat tu boleh google atau tanya orang Iskandar Malaysia sebab kawasan pelabuhan Tanjung Langsat tu adalah fasa ke empat Iskandar Malaysia.

   Kg Tanjung Langsat ni bukan asing bagiku kerana masih ramai sedara-mara yang tinggal di sana.Jadi excitedlah juga nak pergi makan belangkas.Sambil tu, bolehlah aku singgah rumah tok sedara sekejap.Tok sedara tu adik bongsu nenek belah mak.Biasanya, kalau takde kenduri kendara, time raya jelah kami jumpa.

    Bila sampai ke Kg Tanjung Langsat tu, aku nampak ada bas Iskandar.Oooo.... rupa-rupanya ada bas masuk ke kampung tu.Tak taulah pulak bila start khidmat bas tu.Kalau zaman dulu, sesiapa tak de kereta, terpaksa naik pawanca.(Tak tau?Maknanya kereta sapu lah)Seorang RM2 sampai pekan Masai.Agak-agak tahun 1980an dulu.Tapi sekarang, semuanya dah senang.Bayar ke RM1.60 ( kalau tak silap) dah boleh shopping di Pasir Gudang.... Ok tengok gambar dulu ye.Kan pictures speak louder than words?


   Kedatangan disambut dek pemandangan menarik + agak mengerikan pokok kayu ara besar dengan akar bergayut. Benda warna biru tu apa entah.Tadi masa ambik gambar,macam takde.


Dari jarak jauh.Belah kiri yang nampak bumbung tu kedai runcit ayah sedara aku.


Ni dah masuk dalam Anjung Muara tempat kami nak makan belangkas tu. Cantik kan belangkas di dinding tu?


Ala... Lupa nak ambik gambar belangkas masak pedas yang baru letak atas pinggan.
Ni gambar belangkas yang dah jadi habuan aku.Ingatkan belangkas asam pedas, rupanya belangkas masak pedas ala sambal tumis.Oooo... sedapnya!!!!RM5 je sepinggan belangkas dengan beberapa potong bahagian ada telur, dan sedikit bahagian kaki.

Alhamdulillah.... Nasib baik ada yang tolong ambik gambar yang ni.
Tengok telur tu.
Tempting!

Ni wajah-wajah puas hati selepas makan belangkas.Tengok tu?
Masing-masing dah makin cerah kalah makan kolagen.

   Lepas makan, jalan-jalan sekitar restoran Anjung Muara tu sambil tengok air pasang.Ada juga yang memancing.Lepas tu, kami sambung perjalanan untuk singgah rumah tok sedara sebelah mak.


Dilapidated house just beside the restaurant.Tak taulah ada penghuni ke tak.

   Sampai rumah tok sedara bongsu kebetulan ada pulak tok sedara sulung.Minum air teh o panas dan makan kuih-kuih kering, borak-borak lebih kurang kurang sejam, baru balik.Uiii!!!Betul-betul macam raya.Burppp!!!Alhamdulillah... Sendawa belangkas pulak.Mintak izin rehat dululah ye.Sekejap lagi dah asar.Hujan pulak tu makin lebat.....Apa lagi?Jomlah memasak!Ayah dah beli ubikayu untuk direbus.








   

5 comments:

Cik Aied said...

sedap ke belangkas ni? mcm seram je melihatnya.hehe

kak tie said...

makan belangkas??..telur je akak pernah makan...mmg sedap..kalau belangkas..sori la..x tertelan rasanya

Uji Hussein said...

Nak kata tak sedap, memanglah sedap.Kena try sendiri le.

cik chinta said...

telo dia rs lemk. pnh mkn kt kota tinggi

||aLeaSaRa|| said...

wah belangkas yg drh color biru tu ke ngee ^^.x tw lak ada menu msk sambal tumis belangkas,erm tp seram nk makan he3!

Post a Comment