Dalam 2 hari, 2 berita tentang remaja aku terima.Berita pertama ada di Metro hari ni.Budak lelaki 13 tahun ditangkap khalwat dengan anak dara 20 tahun di hotel bajet.Lokasi?Alamak!Lupa pulak.Budak-budak sekarang, ubun-ubun masih lembik pun dah rasa hebat sangat dan nak cuba macam-macam.Budak zaman dulu, setakat curi telur ayam atau curi jambu je.Nak tengok gambar bentuk 'love' pun segan.Maklumlah, taboo!Tapi budak sekarang, jadi kebanggaan pulak kalau tahu bab-bab advance yang tak patut tu.
Berita kedua pun lebih kurang sama tapi lain sikit.Adalah seorang ibu tu yang check handphone anak bujangnya dan jumpa video tak senonoh budak sekolah.Dah nama budak sekolah, tentulah tak cukup umurkan?Tindakan si emak ni aku rasa patut sebab sentiasa pantau pergerakan anak bujang dia tapi sempat juga anak bujang dia tu upload video tak senonoh.Apatah lagi kalau emak bapak bzzzzzzzz manjang dan beri kepercayaan 100% pada anak-anak.Alamat boleh jadi hancur anak-anak tu.
Si emak tu adalah tanya aku macam mana nak handle masalah anak bujang yang degil macam anak dia ( aku tengok anak dia tu langsung tak degil).Aku manalah ada anak bujang jadi takdelah idea bernas yang dapat aku kongsi.Kalau pengalaman dengan anak-anak di sekolah tu adalah.Aku kata : Kita sebagai orang dewasa kena faham perasaan dan kehendak orang muda.Kita kena bina kepercayaan mereka pada kita dengan selalu dekat dan fahami mereka.Tapi, pada waktu yang sama , kenalah kita snetiasa pantau dan beri nasihat apa yang patut.Ibarat menarik rambut dalam tepung;Tepung tak bersepah, rambut tak putus.Bukan main terjah dan maki hamun tanpa usul periksa.Macamlah kita tak pernah muda.Kan?
Ada juga aku nasihatkan pada si emak supaya beri sedikit ruang pada anak bujang dia untuk 'bernafas' dan beri sedikit kepercayaan di samping rapatkan diri dengan anak bujang dia tu supaya anak bujang dia tu boleh share apa juga masalah dengan si emak.Apa yang aku tahu, anak bujang dia tu yang juga anak murid aku, stress yang amat sangat sebab si emak langsung tak percaya pada dia.Kalau tak, takkanlah sampai 18 kali si emak paksa si anak buat ujian air kencing untuk test dadah dan kesemua 18 keputusannya adalah negatif.Itu tak termasuk si emak suruh polis datang ke sekolah untuk check air kencing anak dan hasilnya pun negatif. Kesimpulannya:Emak bapak kena main peranan untuk pantau kegiatan dan pergerakan anak-anak untuk mempastikan mereka tak terlibat dengan apa juga gejala sosial tetapi kenalah juga beri ruang dan kepercayaan pada mereka supaya mereka tak stress dan memberontak.
Gambar Google
Kita tak boleh tutup mata je
2 comments:
Zaman dulu henpon x de.....internet apatah lg.....skrng semua di hujung jari......cuma perlu guna akal dan budi.....
hish menakutkan skg...kena pantauan lebih budak skg ni
Post a Comment