Showing posts with label aktiviti cuti raya Cina. Show all posts
Showing posts with label aktiviti cuti raya Cina. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Entry akhir raya Cina

   Share gambar Nek Long dan Nek U ( emak sedara sulong dan emak sedara bongsu emak) yang dirakam semasa sesi menziarah petang tadi.Umur Nek Long katanya dah jejak 98 tahun.Nek U pulak 74 tahun.Meh tengok gambar jelah.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Inilah Nek Long.Emak sedara emak yang sulung.
Walau pun dah 98 tahun dan bongkok 3,tapi masih sihat.


Yang belah kiri tudung pink tu Nek U, emak sedara emak yang bongsu.
Alhamdulillah.... masih sihat wal'afiat.

Oklah.Nanti ada masa nak try buat family tree pulak.

Sunday, February 10, 2013

Seronoknya!!!!

   Entry khas malam ini adalah siaran langsung dari rumah ayah.Anak ayah 2 lelaki 4 perempuan.Seorang je tak balik.Adik lelaki aku yang tingga di Shah Alam.Yang lain semua dah berkampung di rumah ayah.Kakak aku 2 orang.Adik aku dua orang.Anak buah ada ... japkira jap... 2+2+2+3=9 orang.Campur ipar ada 2 orang yang berkumpul.Walau pun tak ramai, cukuplah untuk memeriahkan rumah mak ayah.Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam ni.

   Bila dah berkumpul, selain borak-borak, rutin biasa adalah makan...Makan besar!Menu campur-campur.Ada menu orang putih, menu cina,menu melayu dan tak lupa juga menu jawa.Yang spesial adalah ayam golek.3 ekor untuk ratah je.Nasi putih ada, nasi minyak pun ada.Ada rojak petis, ada lauk semur, ada gulai nangka, ada sambal goreng, ada sayur tumis air sawi dan ... aikkk?Sardin pun ada.Meh tengok gambar jap.


Hidang ikut suka.Dalam bekas aiskrim pun boleh.

      

   Lepas kenyang,  ayah  panggil anak-anak buah aku..Saspens je.Ingat nak bagi angpow.Rupa-rupanya .....
-
-
-
-
-
-
-
-



Oooo.... ayah nak test mengaji rupanya...
Menyengih anak buah aku yang sorang tu.

    Lepas test mengaji, ramai-ramai dok borak di beranda.Hujan masih lagi turun renyai-renyai.ni yang seronok ni.Time borak-borak kalau ayah ada, mesti ayah cerita zaman dulu-dulu.Kenangan time kecik dok di kampung.Aku menyampuk sesekali je.Maklumlah... aku kan pemalu. Hehehe...Dalam blog tak berapa pemalu sangat.jap lagi lepas ayah masuk bilik, kita orang pun mulalah cerita yang lain.Cerita favourite, mestilah cerita hantu.Dulu kat kampung banyak beno kami jumpa hantu.Serious ni. Hahahaha... Opps!Ada bau keklah.Ooo... Rupanya kakak aku yang memang minat sungguh ke dapur, dah siap buat kek gula hangus.Fuyooo!!!!Kejap je dah siap.Entry aku pun belum siap lagi.Hahahaha... Salahkan Celcom ye.Oklah... aku nak join borak-borak sambil makan kek dulu.Esok aku sambung cerita baik punya.