Showing posts with label entry seo. Show all posts
Showing posts with label entry seo. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Oppa apa?Gangnam style

   Bukan nak cerita apa.Cuma nak share gambar PSY ni je.Nampak cantik gambar ni.Tapi aku masih tak minat si PSY ni.Bukan dia tak bagus, cuma aku lebih minat AMY SEARCH.Phewiit!!!!
Malam ni PSY mesti jadi carian popuar di internet.
Kan?Kan?


SEO?
Yes! OPPA GANGNAM STYLE

Sunday, September 16, 2012

Cara semak keputusan MUET

   Entry ni, aku tulis khas buat beberapa parents yang sms dan call untuk tanya cara nak semak keputusan MUET anak-anak mereka.Frankly speaking, aku pun google untuk cari maklumat tu.Maklumlah, walau pun aku ni terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan, takdelah aku tahu semua pasal pendidikan.Setakat nak share tu bolehlah.

   Aku ada cadangkan supaya dia orang google je.Insya allah, ramai blogger tulis pasal keputusan MUET tu.Terutama, blogger SEO.Tapi, parents yang sms dan telefon tu bukan semua mahir ketuk-ketuk pintu Cik Google untuk cari maklumat.jadi, setelah aku timbang-timbang dan pilih-pilih, aku rasa entry Anastasyea ni yang terbaik. Mudah-mudahan, ia dapat membantu mereka yang sudi bertanya pada aku tu.

Ini sebahagian daripada entry tu.

Result peperiksaan MUET boleh diperolehi mulai jam 10 pagi di sekolah atau institusi masing-masing pada hari tersebut. Untuk calon persendirian pula, result MUET 2012 akan dikirimkan menggunakan pos ke alamat rumah pelajar yang telah didaftarkan. 


Untuk menyemak result MUET Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), adik-adik boleh menggunakan cara yang tertera dibawah: 


Taip MUET RESULT No K.P dan hantarkan ke 15888
Contoh
MUET RESULT 920102027185 hantar ke 15888


Sistem aplikasi sms akan diaktifkan pada 12.01 tengah malam 20 September.


Selain itu, adik-adik juga boleh melayari secara online portal MPM di url http://www.mpm.edu.my/ mulai 9 pagi pada tarikh tersebut. 


Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan Result MUET yang diperolehi, boleh la memohon untuk menyemak semula keputusan MUET sebelum 27 September dengan disertakan bayaran sebanyak RM70. 


- Untuk pendaftaran bagi menduduki MUET sesi November, tarikh tutup ialah pada 26 September ... ^__^ 



Terima kasih Cik Anastasyea!



Saturday, March 31, 2012

Aku dah semak gaji baru online.Bestnya!!!Nak semak tak?

  Ramai pulak yang tanya tentang gaji baru kaki tangan awam.Kalau rajin, sebenarnya banyak entry ditulis oleh blogger-blogger SEO tentang perkara ni.Contohnya blogger handsome si Afzalsukasuki atau blogger mesra dan selalu dekat di hati Mialiana.Kalau tak pun, bolehlah terus ke SINI.Jumlah gaji yang perlu dimasukkan tu, kalau tak silap, gaji pokok.Kalau nak tengok rakaman audio berkaitan, boleh klik ke AUDIO.Pekeliling pun ada kalau nak.Ni untuk PEKELILING. Aku pun dah try kira gaji terkini.Alhamdulillah... bolehlah aku selesaikan beberapa masalah dengan gaji baru tu.Jomlah, apa lagi? Betul tak cara aku tu iaitu letakkan gaji basic di ruangan gaji yang dikehendaki?Kalau silap, beritau ye!

Saturday, March 17, 2012

Ala... tinggal sehari....

Cuti tinggal sehari je lagi.
Kerja sekolah ada 20% lagi.
-
-
-
-
-
Jangan putus asa.
Chaiyok!Chaiyok!


(Ingatan juga untuk anak-anak murid aku yang sibuk berFB tu)

BILA NAK BUAT ENTRY SEO NI?

Thursday, March 15, 2012

Standard Guru Malaysia:Dah jawab belum?

   Soalan khas cepumas untuk warga guru seluruh negara dan ingatan buat teman-teman seperjuangan di sekolahku yang tercinta: Dah jawab ke soalan-soalan menarik wajib isi di eStandard Guru Malaysia?Kalau belum, silalah jawab soalan-soalan tu segera kerana tarikh akhir 31 Mac tu dah melambai-lambai dah.Bukan lama lagi tu!Bagi yang tercari-cari website apa, silalah jenguk ke SINI.Alhamdulillah, aku buat sekali je dah beres.Aku dengar, ramai teman-teman guru yang terkial-kial nak jawab.Sebab dia orang bukan blogger jadi kurang mesra dengan dunia klik-klik IT ni. Tapi ingat ye cikgu-cikgu, JAWAB DENGAN JUJUR.Kalau tipu, orang tak nampak, tapi Allah nampak!



   Kepada teman-teman guru di sekolahku tercinta, jangan lupa key in markah SAP online segera ye.Tarikh akhir, esok, 16 Mac 2012.Klik di SINI.Jangan buat last minute tau nanti 'kura-kura penuh di jalan raya'.Susah nak halau 'kura-kura' tu!Tambah lagi bila semua cikgu satu Malaysia key in dah last minute!Oklah...aku nak menyemak buku anak-anak murid aku pulak ni.Dia orang siap hantar ke rumah pada hal aku cuma kenyit mata je bagi yang tak hantar.Takdelah aku marah-marah macam cikgu zaman dulu-dulu... 

Ops!Ops!Ada soalan?
Ooo...keputusan SPM?
Tarikh dikeluarkan pada 21 Mac 2012.
Cara nak semak dengan sms,
tanya je Cik Google.
Aku rasa berlambak blogger SEO buat entry pasal tu.