Showing posts with label cara memohon ke ipta. Show all posts
Showing posts with label cara memohon ke ipta. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

66 - 87.8

   Memang betul kata orang, keputusan terbaik anak-anak murid adalah hadiah sebenar buat seorang guru.Begitu juga dengan keputusan Bahasa Inggeris SPM 2012 sekolah aku yang baru diumumkan khamis lalu.Mungkin tak ramai yang tahu bahawa bukan setakat keringat dan tenaga yang mengalir tahun lalu tetapi juga airmata.Tapi, semua itu menjadi pengalaman @ guru paling berharga buat aku, seorang Ketua Panitia yang memang asalnya tak tahu apa-apa.Selalu aku jadi pengikut je. Lantikan pun di bulan Jun jadi tak banyak yang dapat aku rancang.

   Walau apa pun, sekalung bunga tahniah buat barisan guru Bahasa Inggeris sekolah aku tak kiralah sama ada yang di sesi pagi atau petang kerana sesungguhnya dengan kerjasama merekalah maka kini kami dapat merasai manisnya sebuah kejayaan.Terima kasih kerana tak berkira berbelanja beratus-ratus ringgit semata-mata untuk menyediakan bahan fotostat buat anak-anak agar lebih cemerlang.   Terima kasih kerana sanggup mengorbankan cuti Sabtu dan Ahad semata-mata untuk kelas tambahan.Terima kasih kerana ada yang sanggup juga mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk menyediakan makanan sebagai tambahan makanan yang disediakan.

   Kepada anak-anak muridku pejuang SPM 2012, walau di kelas mana anda berada, anda semua adalah istimewa kerana tiada istilah kelas hujung atau kelas depan.Yang penting, adalah usaha untuk mencapai kejayaan.Kepada anak-anak muridku yang sudi menghadiahkan sesuatu buatku, terima kasih banyak-banyak.Kepada anak-anak murid ku yang tak kenal jemu bertanya meminta ilmu hatta di Laman Muka Buku, tahniah kerana sesungguhnya, anda memang layak mendapat kejayaan.Tahniah buat semua dan mudah-mudahan anak-anak pejuang SPM 2013 akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang.Insha Allah....


KEPUTUSAN YANG DAPAT AKU CATATKAN.

2012
BIL CALON HADIR : 246
BIL MENGUASAI : 242
PERATUS MENGUASAI : 98.37%
BIL CEMERLANG : 3 orang
PERATUS CEMERLANG : 1.22%
GPS : 5.01

PERBANDINGAN 2011
BIL CALON HADIR : 384

BIL MENGUASAI : 377
PERATUS MENGUASAI : 98.18%
BIL CEMERLANG : 3 orang
PERATUS CEMERLANG : 0.78%
GPS : 5.21

Keputusan Subjek B.Inggeris
2011 : 66 %
2012 : 87.8%



Antara yang berjaya....

  
   

Thursday, March 15, 2012

Standard Guru Malaysia:Dah jawab belum?

   Soalan khas cepumas untuk warga guru seluruh negara dan ingatan buat teman-teman seperjuangan di sekolahku yang tercinta: Dah jawab ke soalan-soalan menarik wajib isi di eStandard Guru Malaysia?Kalau belum, silalah jawab soalan-soalan tu segera kerana tarikh akhir 31 Mac tu dah melambai-lambai dah.Bukan lama lagi tu!Bagi yang tercari-cari website apa, silalah jenguk ke SINI.Alhamdulillah, aku buat sekali je dah beres.Aku dengar, ramai teman-teman guru yang terkial-kial nak jawab.Sebab dia orang bukan blogger jadi kurang mesra dengan dunia klik-klik IT ni. Tapi ingat ye cikgu-cikgu, JAWAB DENGAN JUJUR.Kalau tipu, orang tak nampak, tapi Allah nampak!



   Kepada teman-teman guru di sekolahku tercinta, jangan lupa key in markah SAP online segera ye.Tarikh akhir, esok, 16 Mac 2012.Klik di SINI.Jangan buat last minute tau nanti 'kura-kura penuh di jalan raya'.Susah nak halau 'kura-kura' tu!Tambah lagi bila semua cikgu satu Malaysia key in dah last minute!Oklah...aku nak menyemak buku anak-anak murid aku pulak ni.Dia orang siap hantar ke rumah pada hal aku cuma kenyit mata je bagi yang tak hantar.Takdelah aku marah-marah macam cikgu zaman dulu-dulu... 

Ops!Ops!Ada soalan?
Ooo...keputusan SPM?
Tarikh dikeluarkan pada 21 Mac 2012.
Cara nak semak dengan sms,
tanya je Cik Google.
Aku rasa berlambak blogger SEO buat entry pasal tu.