Sunday, September 16, 2012

Cara semak keputusan MUET

   Entry ni, aku tulis khas buat beberapa parents yang sms dan call untuk tanya cara nak semak keputusan MUET anak-anak mereka.Frankly speaking, aku pun google untuk cari maklumat tu.Maklumlah, walau pun aku ni terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan, takdelah aku tahu semua pasal pendidikan.Setakat nak share tu bolehlah.

   Aku ada cadangkan supaya dia orang google je.Insya allah, ramai blogger tulis pasal keputusan MUET tu.Terutama, blogger SEO.Tapi, parents yang sms dan telefon tu bukan semua mahir ketuk-ketuk pintu Cik Google untuk cari maklumat.jadi, setelah aku timbang-timbang dan pilih-pilih, aku rasa entry Anastasyea ni yang terbaik. Mudah-mudahan, ia dapat membantu mereka yang sudi bertanya pada aku tu.

Ini sebahagian daripada entry tu.

Result peperiksaan MUET boleh diperolehi mulai jam 10 pagi di sekolah atau institusi masing-masing pada hari tersebut. Untuk calon persendirian pula, result MUET 2012 akan dikirimkan menggunakan pos ke alamat rumah pelajar yang telah didaftarkan. 


Untuk menyemak result MUET Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), adik-adik boleh menggunakan cara yang tertera dibawah: 


Taip MUET RESULT No K.P dan hantarkan ke 15888
Contoh
MUET RESULT 920102027185 hantar ke 15888


Sistem aplikasi sms akan diaktifkan pada 12.01 tengah malam 20 September.


Selain itu, adik-adik juga boleh melayari secara online portal MPM di url http://www.mpm.edu.my/ mulai 9 pagi pada tarikh tersebut. 


Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan Result MUET yang diperolehi, boleh la memohon untuk menyemak semula keputusan MUET sebelum 27 September dengan disertakan bayaran sebanyak RM70. 


- Untuk pendaftaran bagi menduduki MUET sesi November, tarikh tutup ialah pada 26 September ... ^__^ 



Terima kasih Cik Anastasyea!



1 comments:

Unknown said...

Terima kasih daun keladi .. scarlett .. ^__^

www.anastasyea.com

Post a Comment