Esok ada kuliah. Description Of English dengan Prof.Madya Dr.Noor Abidah Mohd Omar.Teruja nak print bahan kuliah esok di e-learning.Tapi malangnya aku betul-betul tak ingat password nak login ke ACID.Hampeh betul!Inilah salah satu sebab mengapa aku tak nak tangguh lagi plan nak buat master ni.Aku rasa aku dah mula mengalami simptom hilang ingatan.Maybe short term memory.Agaknyalah kot sebab benda-benda kecik pun kalau aku tak catat, senang sangat aku lupa.
Risau!Risau!Contoh terbaik yang bunyi macam nak buat kita gelak ialah... aku lupa aku simpan kain nak cuci dalam peti sejuk!Sikit aku tak ingat bila masa aku jadi nenek tua nyanyuk!Aku jumpa balik kain tu masa nak ambik air sebab dahaga sangat ke hulu ke hilir cari kain nak cuci.Bunyi kelakar tapi sebenarnya aku risau! Tu belum kira benda-benda kecik yang kadang-kadang aku sendiri pun pelik aku jadi senyanyuk itu.Sedih le...
Tapi, walau apa pun rintangannya, aku nak habiskan juga master in TESL aku tu dan kalau boleh aku nak buat PhD pulak.Biar lambat asal aku dapat!Ni pun mungkin aku terpaksa ambik minimum subjek dan drop 2 oleh kerana kesihatan yang tak menentu.Kalaulah aku ada peluang belajar zaman aku muda remaja berpinggang kerengga dulu..... Apa pun life must go on!Chaiyokkk!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Doakan agar aku panjang umur dan sihat...
Kalau tak berapa sihat pun, doakan aku berjaya mencapai cita-cita.
2 comments:
amin..
bestnya walau dh beranak pinak still ambil master
tahniah kak..
moga dipermudahkan
Semoga dipermudahkan segala urusan.InsyaAllah..berjaya nanti..
Post a Comment