Hari ni, walau pun Sabtu, ada 4 jemputan kenduri kahwin.Tapi, oleh kerana aku masih lagi berpantang, aku terpaksa lupakan hasrat untuk kesemua majlis.(Minta maaf Cha, teacher tak dapat ke majlis Cha hari ni) Itu pun kerana jemputan tu aku terima semasa hari raya pertama lagi.Kemudian, minggu lepas aku terima lagi kad yang sama.Kebetulan, rumah pengantin pun dekat je jadi pantang-pantang pun, aku pergilah juga.Tak sampai hati menolak jemputan kawan sekampung.Kebetulan hari hujan jadi, terpaksalah aku berjalan tersangatlah perlahan dek kerana licin.Kalau jatuh, alamat bentan pulak aku.
Semasa majlis, aku perhatikan, ada juga anak-anak dara yang berpakaian seolah-olah nak ke disko.Dengan baju singkat tambah pulak ketat sampai nampak pusat.Aduhai, hilang selera aku nak makan.Kalau iye pun nak trendy,tak nak orang kata ketinggalan zaman, pilih-pilihlah nak pakai seksi terlampau.Majlis perkahwinan aku anggap lambang budaya bangsa kita jadi pakailah pakaian tradisional.Baju kurung ke, kebarung ke, kebaya ke bukankah cantik?Alah, kalau setakat nak seksi, pakai kebaya pun seksi tau!Orang Cina pun tau hormatkan majlis kita.Walau pun taklah sampai pakai baju kurung, sekurang-kurangnya dia orang pakai skirt dan blaus atau gaun yang agak labuh.Alah, ala-ala Kate Middleton hari tu.Tapi, anak bangsa kita sendiri?Hampeh!
Kalaulah kebetulan ada anak-anak dara yang membaca cetusan rasa seorang mak dara macam aku ni, tolonglah berpakaian sopan sikit.Tak perlulah pakai macam mak datin tapi agak-agaklah.Baju kurung atau kebaya pun banyak yang dah moden sekarang ni untuk dipilih kalaulah rasa-rasa tak sudi nak pakai yang tradisional.Kata orang, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.Tepuk dada, tanya selera.Apa pendapat anda yang budiman?Setuju tak?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kucing pun malu nak pakai seksi.
6 comments:
Baju kurung tu cantik ap kan? ;D
macam2 jenis colour & pattern ad tu ^^
yg seksis2 juga jadi pilihan..
kalau kat tempat keyrah pun dah jarang tengok budak2 pakai baju kurung bila pergi jemputaan kahwin . .
betul2 setuju.. g knduri pakai la sopan2 :D
kalau nk moden sgt,baju kurung skrg ada yang moden..google je..ada..ksian, malaysia da maju pun,xcukup kain ye cik adik?hehe..nice entry..=)
kt tempt akak masih ramai berbaju kurung pi kenduri..
yer. ada byk yg jenis moden sekarang. paling x tahan ada yg pakai jeans ke kenduri kawen
haip
Post a Comment