Bila dah agak lama melakukan kerja yang sama, lagi dan lagi, aku rasa muak pulak.Nak mintak tukar sekolah lain, entah kenapa aku sayang dengan sekolah aku ni.Sayang dengan budak-budak yang pandai betul mengambil hati.Tapi, perasaan 'kosong' tu makin lama makin mengganggu.Nasib baiklah aku dah mulakan rutin baru sebagai seorang penuntut universiti.Kalau tidak.... mau mati kebosanan aku dibuatnya.
Kalaulah aku boleh balik mengajar di sekolah rendah kan seronok.Boleh buat macam-macam ABM yang budak-budak suka.Dulu, aku pernah bawak kura-kura yang aku bela ke sekolah.Letak dalam kotak lepas tu mintak budak-budak teka.Tak terfikir pulak yang budak-budak tu akan seluk tangan dalam kotak.Nasib baik tak dingap dek kura-kura kesayangan aku yang aku panggil Kenit tu.
Aku juga pernah bawa arnab sebagai ABM.Pun letak dalam kotak.Seorang budak tu seluk tangan dan sentuh bulu lembut arnab tu kemudian menjerit!Bising sekejap kelas aku tu.Tapi mengajar bahasa, tak kiralah bahasa apa, bagi aku kalau kelas tu senyap dan sunyi, maknanya, kelas tu tak menariklah.Lainlah kalau budak-budak tengah exam.
Aku juga teringat zaman aku mengajar di sekolah rendah dulu, aku selalu melatih budak-budak menari.Bab persembahan, memang selalu diserah pada aku.Hinggakan sekali tu, majlis anugerah cemerlang dah bertukar jadi bangsawan sebab ada watak raja, dayang-dayang, hulu balang, babak menari-nari dan sebagainya.Budak-budak terima anugerah seolah-olah macam Sultan kurniakan pingat.Seronok sangat.Masa tu aku berdua dengan ustazah Zainon yang menguruskan majlis.Kenangan indah yang tak mungkin aku lupakan.
Aku juga pernah melatih seorang anak murid aku bersyair untuk pertandingan.Aku guru English tapi entah macam mana aku yang melatih wakil sekolah tu.Menang jadi johan.Sejak tu bila ada majlis je mesti aku mintak anak murid aku buat persembahan.Sampai hari ni aku rasa suara dialah paling merdu.Rindu sangat-sangat saat indah tu.
Semasa di sekolah rendah dulu, aku juga pernah melatih budak-budak satu kelas buat persembahan Ulik Mayang ala-ala teater masa hari anugerah cemerlang.Budak yang bawak watak puteri bongsu tu dah nak kahwin pun tahun depan.Selain tu aku pernah juga melatih budak-budak melayu dan iban menari tarian iban.Seronok sangat.
Satu lagi kenangan yang tak mungkin aku lupakan adalah melatih wakil sekolah aku ke pertandingan bercerita B.Melayu.Banyak kali juga jadi johan sampai peringat daerah.Bunyi macam pelik sebab aku guru English tapi melatih budak bercerita B.Melayu.Aku siap jahit sndiri gaun putih yang sesuai dengan watak dalam cerita yang dibawak.
Tapi itu dulu.Komitmen 100 % pada tugas.badan pun masih sihat.Cuti cuma ambik sekali je yang agak lama semasa aku kena chicken pox.Cuti rehat khas, langsung tak pernah ambik.Tu yang aku sempat dapat anugerah cemerlang 2 kali tu.Tapi sekarang, banyak sangat batu penghalang untuk aku jadi seperti aku dulu.Jangan kata nak beri 100% komitmen, nak beri 80% pun susah.Betullah kata orang, hidup ini ibarat roda... sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. ... dan sekarang rasanya aku berada di bawah.Ada sesiapa sudi tolong aku?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Awak pun tengah down Cik Cing?
1 comments:
anggap shj apa yg dilalui ketika ini sebagai satu cabaran
Post a Comment